Thursday, December 29, 2011

x lama dah study week nak habis!!!

alamak!!!
macam mana ni?
study blom lagi?
study week dah nak habis!!!
aku ni banyak main2 lah..
entah lah..duk kat umah banyak makan n tido je.
gangguan dah x ada..
ish apa lah aku nie..
macam mana nak naik kan pointer kalu mcm nie?
kena berusaha dah nie..

yea, NURUL AFIZAH YUSOF awak kena berusaha!!!
Awak boleh!!!
Awak Boleh!!!
Awak boLeh!!!

Monday, December 26, 2011

Selamat Jalan Canon D500

post yg menyedihkan sebenarnya..
aku sudah tidak mampu untuk bermimpi lagi memiliki camera tu coz semalam my hubby masuk loan untuk motor kawasaki apa entah..tapi harga dia +- RM11,500
terpaksa lah aku menunda memiliki camera tersebut, dah lama bermimpi tapi encik suami menghancurkan mimpi ku selama ini..
nasib badan lah..nak buat mcm mana..terpaksa lah kumpul duit lagi..
huhuhu..mimpi tinggal mimpi..hahaha..
tu lah lain kali jgn bermimpi lagi tau..nanti x jadi..padam muka mu!!!

Tuesday, December 20, 2011

Assalamualaikum...

lama nya x update, busy sangat bulan nie..
rindu nak update tapi x sempat..
ni last week class..Alhamdulilah semua dah settle..
Settle untuk kelas belajar buat sem nie..berakhirlah segalanya..
sama2 lah doakan aku ye untuk berjaya menghabiskan sem nie..
aku kena study untuk final exam..company nie belum dapat lagi, nak buat macam mana terpaksa terima lah MPH tu..ke nak hantar lagi kat semua tempat?
tapi mcm tipis je harapan aku nak dapat.dah lambat dah pun.
apa2 pun aku cuba dlu lah.

Monday, November 28, 2011

THE LEADER IN YOU (Dale Carnegie)

HOW TO WIN FRIENDS, INFLUENCE PEOPLE AND SUCCEED IN A CHANGING WORLD..

ini adalah buku yang saya baru beli dan belum baca..nanti saya dah habis baca saya kongsikan kat sini..
ini ada sedikit sinopsis buku yang saya petik dibelakang kulit buku..

step by step guide includes strategies to help you:
  • identify your leadership strengths
  • achieve your goals and increase your self-confidence
  • eliminate an "us vs them" mentality
  • become a team player and strengthen cooperation among associates
  • balance work and leisure
  • control your worries and energize your life
  • and much more!!!

Grooming Embraces Personality (Fo)

A talk on "Grooming Embraces Personality"
with a theme or topic of "Development Of A Strong Soul"
atau dalam bahasa melayunya "Membangunkan Kekuatan Ruh"
By Feriz Omar ( FO )...
di entri yang lepas saya sudah ceritakan siapa beliau..
jika ingin tahu dengan lebih lanjut bolehlah berkunjung ke blog beliau di www.ferizomar.blogspot.com
atau boleh add beliau di feriz omar II di facebook..
perwatakan nya sangat ceria, tegas tapi x nampak tegas, kelakar, baik, mcm2 dan penuh berilmu..


Saturday, November 26, 2011

Grooming Embraces Personality (InTro)

A talk on "Grooming Embraces Personality"
with a theme or topic of "Development Of A Strong Soul"
atau dalam bahasa melayunya "Membangunkan Kekuatan Ruh"
the speakers was Feriz Omar ( FO ) who are Presiden Prowaris Malaysia Penuntut Tetap Yayasan Kepimpinanan(YKP) Kolumnis Utusan Malaysia,
Pengasas BN Malaysia, Penasihat Kehormat GPMS dan Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia.
Penilaian saya terhadap FO sangat lah menabjubkan..
tiada kata untuk saya mengambarkan tentang diri beliau..
bagi saya dia adalah seorang kalifah Allah yang sangat sempurna buat masa sekarang..
dia bukan saja berpelajaran malah berilmu dan berpengetahuan luas..
sangat beruntung menjadi diri beliau..
jika saya diberi peluang untuk berdampingan dengan beliau akan saya manfaatkan sepenuhnya peluang tersebut..
akan saya mempelajari teknik dan cara berjaya seperti beliau..
sangat formal kan penulisan saya kali ini..
ini kerana soul saya telah dipengaruhi oleh beliau..
saya tidak mampu mengelipkan mata bila melihat dan mendengar setiap patah perkataan yang diucapkan beliau..
sangat berkesan pada minda saya dan jiwa saya..
inilah tokoh pemimpin dan pendidik yang sebenar..
masa 2 jam 45 minit amatlah sekejap saya rasakan..
saya tulis setiap ayat yang penting bagi peingatan untuk saya dimasa kelak..
akan saya praktikkan apa yang dikongsi..
itulah cara untuk berjaya..
amat saya kagumi..
Terima Kasih FO kerana sudi berkongsi rahsia kejayaan anda dan menbangkitkan semangat saya dan kawan-kawan.

Sesi talk yang kedua diserikan dengan juara gadis melayu iaitu Ms Rina Salleh..
bagi saya dia bukanlah speaker yang sesuai kerna sikap yang tidak yakin diri yang dionjolkan oleh beliau tidak
berjaya memikat hati saya..dia tergagap-gagap dan asyik mengulang perkataan yang sama.
dia cuma bernasib baik kerna telah berjaya menjadi juara..tapi dia bukan juara yang sebenar...
Maaf untuk saya katakan, dia perlu mempertingkatkan diri beliau dahulu sebelum menjadi tokoh kepada yang lain..
buat pertama kalinya saya menghadiri seminar yang speakernya menggunakan PDF untuk presentation..
amat tidak professional disitu..

Sekalung ucapan tahniah saya kepada rakan-rakan dari course tourism iaitu merangkap housemate yang telah menjemput saya ke seminar ini.
saya amat berbesar hati dan amat berbangga kerana menjadi salah seorang yang bertuah yang mendapat tempat diseminar tersebut..
saya amat berpuas hati dari segala segi seperti waktu pendaftaran, makanan, talk dan speakers nya..
tahniah sekali lagi buat mereka yang terlibat..
lain kali jika ada lagi seminar seperti ini saya tidak akan melepaskan peluang
untuk bersama-sama mengikuti program ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat ini..

akhir kata buat malam ini saya akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..
nanti saya kongsikan apa yang diberitahu oleh FO & Rina Salleh..

Tak lupa juga ucapan Selamat TAhun Baru Maal Hijrah 1433M..
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..
Amin..
Assalamualaikum..

Tuesday, November 22, 2011

sekolah

sekolah lagi..
sakit hati bila fikir..
rasa macam banyak kerja tapi bila nak buat macam x ada..
kenapa ah?
dah banyak sangat samapi x tahu nak buat yang mana..
tapi aku kan hebat..
aku boleh kawal tension..
aku dah buat list..agak banyak lah..tapi setakat nie boleh handle lagi..
nak tahu apa??
ok..tgk lah kat bawah nie...
  1. seminar techno (green technology)
  2. quality presentation (topic i'm proud of myself because...)
  3. grooming seminar
  4. ctu test 1
  5. pd report seminar sabtu lepas (stay hungry stay foolish)
  6. ctu present
  7. quality test 2
  8. techno visit company
  9. SM test 2
  10. project test 2
  11. quality submit report (15-20 pages u oll)
  12. project present
  13. Sm group project
itulah buat masa sekarang..dalam 1bulan 2 minggu nak habiskan semua silibes lagi, nak catch up dgn test, dengan presentation, dengan gruop report..
agak memeningkan tapi insyaAllah boleh handle..slow2..
heroin x gadoh lah mano..
em k lah..
nak g menuntut ilmu kejap..
nak berjaya di masa depan kena lah berusaha..
sayangi diri anda semua seperti mana saya menyanyangi diri saya sepenuhnya..
................dan selepas itu baru lah kita boleh menyanyang orang lain..

Saturday, November 19, 2011

stay Hungry, Stay Foolish (2)

ni adalah kesinambungan kepada seminar semalam..saya dengan ini telah menetapkan segala dream dan goal saya..(ayat skema x leh blah)
saya memang selalu cakap nak kaya dengan duit dan asset yang banyak,saya mesti kaya dengan kemewahan duniawi dan akhirat, saya mesti..
hehehe..dan saya amat yakin yang saya akan kaya suatu hari nanti..cuma bagaimana,bila dan kenapa akan terjawab suatu hari nanti..

DREAM saya buat sekarang :
  1. rumah double story harga RM500,000.00 dalam masa 3 tahun dari sekarang
  2. kereta baru(means saya first owner kepada kereta tu) maybe Saga FL next year.
  3. business tudung, pakaian wanita dan beg tangan kat online berjaya tahun depan
GOAL saya untuk mencapai DREAM :
  1. saving duit untuk pendahuluan rumah RM60,000.00
  2. tahun depan masuk loan kereta (nak guna nama sendiri), kena cari slip gaji @ guna skim graduan..
  3. business kena teruskan tahun depan, sekarang kena start cari pasaran untuk pasarkan business ni.


ni adalah carta dimana saya...





stay Hungry, Stay Foolish

stay hungry, stay foolish this was topic for my seminar today for personal development subject...
sangat berkesan aku rasa kerana ianya menaikkan lagi semangat aku untuk belajar dan bernaiga..penceramah seorang yang simple but dia punya nama ada IR bcoz engineering some time ago..now dia org prudential..income dia now dalam RM25k..wooow..amazing..
sangat taksub dengan dia..

nie apa yang aku dapat masa seminar tu..

dream - you must dream..decide your dream
goal - decide your goal but must be clear goal setting

S - specific
M - measurable
A - achievable
R - realistic
T - time bound

life goals - must be state in clear words..

secret of success
  1. How you thinks is everthing : thing +ve at every oppurtunities
  2. Decide on your dreams & goals
  3. Take action : "just do it"
  4. Never stop learning
  5. Be persistent & work hard
  6. Learn to analyse details
  7. Focus your time & money
  8. Don't be afraid to innovate : "be different"
  9. Comminucate with people effectively
  10. Be honest & dependable : take responsibility for what you do

Dream & goals to fulfill
Own satisfaction
Parent
Family
Religions
Society

Friday, November 18, 2011

berhijrah sempena awal muharram yang bakal tiba

dah lama aku pergi jauh dari landasan yang sepatutnya..
dah lama aku terpesong dengan keseronokan duniawi..
dah lama aku menjelajah dunia dengan tiada keberkatan..
Alhamdulillah aku sempat sedar sebelum aku meninggal..
aku ingin berubah..
sungguh...aku ingin mengecapi kebahagiaan dengan cara yang diberkati..
aku kena bermula dari sekarang..aku kena perlahan-lahan mengubah diri aku..
kali ini dengan keinsafan yang mendalam..
keinsafan yang lahir dari hati dikala aku dalam kegelapan...
kegelapan yang telah menenggelamkan aku ke neraka jahanam..
tidak..aku tak sanggup ke neraka jahanam..
YaAllah..ampunilah hambamu ini..
aku kena sedar kerna umur aku dah 23tahun, dah hampir 5tahun aku kahwin..
tapi aku tidak pernah berhijrah untuk kebaikan..aku hanyut dengan keseronokan dunia..
Alhamdulillah sekali lagi Allah membukakan pintu hati ku untuk bertaubat..

langkah pertama kearah hijrah:
  1. pakai tudung (sekarang pun pakai tudung TAPI time perlu such as pergi kelas, rumah saudara-mara, kenduri dan segala mcm pembohongan yang dilakukan dengan tudung!!! MasyaAllah..Subhanallah)
  2. tutup aurat
  3. belajar al-quran (dah lama aku meninggalkan al-quran sampai aku lupa ayat-ayat suci Allah)
  4. belajar sembahyang dan tidak akan meningalkan solat lagi..
buat masa sekarang aku akan sedaya-upaya merubah diri..dengan perlahan-lahan akan aku bertatih..MasyaAllah..jauhnya aku dengan Allah selama ini..Subhanallah...
InsyaAllah aku mampu...YaAllah ya tuhan ku..tunjukkanlah aku dan suamiku jalan mu yang lurus, berkatilah aku dan suamiku sepanjang hidup kami, ampunilah dosa masa lalu kami, murahkan rezki hambamu ini yaAllah..Panjangkanlah jodoh ku dengan suami ku..

doakan aku semoga aku dan suamiku berjaya...

Wednesday, November 16, 2011

duGaan

Bukan mudah untuk menjadi seorang isteri di usia yang muda..
banyak dugaan yang menimpa dan melanda bagai badai dan taufan..
cuma kemampuan dan kesabaran dalam menghadapi semua itu..
kadang kala aku rasakan diri ini selemah lalang yang mudah ditiup angin ke kiri dan kanan..
aku tidak sekuat pokok jati, aku insan biasa yang berpaksikan hati dan perasaan..aku tidak mampu menghadapi cabaran demi cabaran yang menimpa ini..
aku tidak pasti berapa lama aku mampu bertahan..
aku tidak pasti berapa lama aku mampu melawan..
aku tidak pasti penghujung dugaan ini..
mampukan aku melawan dan bertahan?
mampukah aku berdiri seteguh jati?
mampukah aku mengharungi keputusan?
mampukah aku menelan pahitnya?
mampukah aku???
sungguh aku sudah tidak berdaya lagi..
sungguh aku insan lemah..
adakah aku ada kesempatan untuk berpaling?
sanggupkah aku meninggalkan semua yang telah aku ciptakan ini?
.........................................
.........................................
.........................................
.........................................
tiada lagi kata mampu ku ucap..
aku hanya mampu berserah dan berdoa..

Tuesday, November 15, 2011

nak marah kat aku ke?

kenapa dia macam nak marah kat aku je?aku ada buat salah kat dia ke?
rasanya x ada..bercakap dengan dia pun jarang..tapi kenapa?
emrmmm...malas lah nak fikir..aku kat sini pun 2 bulan je lagi..
biar je lah keadaan yang menentukan..

kelas ok je..aku ada asgemnet yang belum siap tapi aku boleh rilex..bangang x?
entah lah..esok test..wish me luck k..

k lah..nak rehat..nanti nak study tok test esok..
sayang smua...

Saturday, November 12, 2011

esok sekolah bukak...(T_T)

selepas seminggu bercuti dirumah esok kebalilah aku ke alam memderitakan..ohh..sekolah dah nak bukak esok..teb=nsion bakal melanda lagi..hehehe..
x baik nya kau cakap macam tu..esok sekolah bukak..yeay..
happy tahap gaban nie sekolah bukak..hahaha...boleh plak mcm tu kan.
asgment berlambak lagi x siap nie..
x pe sebelum pagi esok akan ku siapkan semua sekali..mampu ke?hahaha
insyaallah..
doakan aku berjaya..

k lah..love my self and encik suami yang buncit..
bye...

Thursday, November 10, 2011

11 . 11 .11

hari jumaat bersamaan dengan friday bertarikh 11.11.11..
semua org duk kalut post kat fb sal date nie..aku nak post apa? nothing special for me because it's just a date..
yang aku tahu 11.11.11 roti encik suami dah expired date tapi ada separuh lagi lom makan.. membazir btol lah..
hari nie bangun awal nak buat keja sekolah,esok sehari je lagi penentu keja sekolah nie.if x siap jgk mati lah aku..yang lain ok tapi PROJECT PUAN ZAIMY ni yang memang killer..dah lah nak 15pages..
yang lain ok2..dalam process semuanya..tapi aku rasa boleh siap sebelum isnin..hari nie nak pegi library UiTM kejap. nak cari journal untuk techno dan project.
encik suami belum kerja so skang dia dalam proses nak mengempiskan perut..semalam perge swimming..aku pun join skali..pagi ni dia pegi jogging aku x nak ikut..malas.. peroid pain.
semalam dah tido lewat tapi pagi nie bangun awal x leh tido x tahu nape..
teringatkan asgment kot..hehehe..biasalah lah dah last minute kan baru nak cuak..hehehe..
kesihatan aku makain buruk lah..macam ada problem dengan sendi2 nie..asyik bengkak je skang nie..mesti jumpa doktor bila pulang nanti..risau ada something bad je..
k lah nak buat keja sekolah..
wish me luck.. >3

Saturday, November 5, 2011

Salam aidiladha


salam aidiladha buat semua yg mengenali diri ini..saya dan suami memohon sejuta kemaafan kepada mereka yg mengenali kami..maaf if terkasar bahasa tersalah bergurau dan mcm2 lagi.datang lah umah beraya..makan boleh lah,duit raya x de..hehehe..

nie santapan kami di pagi raya..selamat menjamu selera semua...

Thursday, November 3, 2011

Mid Term..Cepatnya!!!

bermula esok start lah sem baru..sungguh tak sangka amat cepat masa berlalu..rasa macam baru je start sini dah cuti sem dah.ada lagi 1 & half month lepas break nie untuk belajar..

cuti nie sempena raya..tahun nie x balik sbb duit x da.lagipun ada 1 berita sedih yang berlalu..wan dah kena fired, reason sbb company nak downsizing dia punya operation company.

apa2 lah..x payah sedih yg penting bahagia..kerja boleh cari cuma cepat dengan lambat dan mahal dengan murah je gaji nanti..

kerja sekolah masa cuti amat banyak dan sangat membebankan..ingat nak g jalan2 nampaknya kena kurangkan lah sbb x ada income dah masuk nanti..

kesihatan kurang baik lah seminggu nie..selalu je sakit..kaki kiri dah 2 kali sakit this week..1st bengkak lutut then ow bengkak tapak kaki..

duit mcm terlebih guna lah..x tahu kenapa..tapi memang x cukup..macam mana ye nak cari duit lebih???

tu je lah perkembangan skang..x de apa yg penting pun...
LALALALA....selamat hari raya korban semua...

Monday, October 31, 2011

Zoo Negara Community Service PD

Pada tanggal 29/10/11 buat pertama kalinya aku ke zoo negara..ia under program PD.
Pergi buat volunteer kat sana.bersihkan kandang haiwan,bagi makan,sapu sampah dan macam2 lagi..best sgt..masuk free sbb buat community service kan..if x tiket harga RM20.00 per head..

nie lah yg special

macam zoo keeper x?

one of my calsmate,Shuzila


of course me!!!


zebra tractor

last sekali ofcourse gamba!!!

eee..takut!!!







Tuesday, October 25, 2011

Langkah Pertama Ke Arah PhotoShoot Wedding

Untuk Encik Suami : Jahit baju melayu , beli sampin dan songkok..
Untuk Puan Nurul : Jahit baju kurung Moden, Beli Manik, Jahit manik dan beli vase..

tema baju putih...
manik warna soft pink..
vase pun warna pink soooooffft sgt...
sampin warna hitam campur pink...

that all...lalalala...

First test after ten month holiday...


today was my first test...
very bad bcoz i cannot answer lor i forgot e rumus..so cannot wat gapo2 lah..tgk je lah nanti after get e mark..

kawan nie bukan mudah untuk dicari..dan aku kena ingat aku x leh baik sgt dengan sapa2 pun sbb aku dah byk kali kena n susah untuk mencari sejati dlm hidup nie sbb x semua kawan yg boleh dianggap sahabat...

kehidupan aku normal cuma skang selalu sakit kepala dan tak berapa nak boleh nafas..risau lah..lagipun dah banyak kali balik dalam hujan...tu kot sbb nyo..kepala nie pun x hilang lagi masalah kat kulit kepala dah pakai ubat yg doktor bagi pun mcm x jadi gapo pun..

duit plak x berapa bagus lah sbb aku x dapat PT so nak tampung kehidupan aku kat sni mcm susah skit lah.makan pun kena jimat lah jgk.x sedap jgk asyik minta dengan wan dia pun bukan nya ada duit sokmo..kijo makan gaji lagu mana sgt..

sekolah plak ok lah..boleh kawal lagi walaupun kijo banyak sggt loni..tapi ok lah x dok lah stress mano pun..aku kena pandai lah handle stress bau x serabut palo otok nie..

aku dgn wan pun x dok masalah lah buat masa loni..x dok baloh gapo sbb aku cayo dio tapi kalau dia nak kianat kepercayaan aku pun aku x leh nak kata guana lah..yg penting aku bahagia...

tu je lah kot...aku pun x berapa larat lah nak nulis byk..lenguh tangan beg sekolah berat etek 2-3 minggu nie..

nie kek betday encik suami...jahat x aku tulis nama dia buncit!!!


Friday, October 21, 2011

don't judge a people by it's looking

Aloha..hai..i'm at home...
hehehe...semalam after class i back here...
i have one story to share from what i saw.
semalam ada sepasang cuople dari kelantan..both of them kelantanise.
mereka sedang bercinta namapak dari gaya dan caranya.yang lelaki muka memang cute baby face. yang perempuan muka matured skit dan agak warok kot aku raso tengok kat penampilan dia tu sebab gaya tudung, baju, seluar dan memakai sarung kaki..aku dengar perbualan mereka,bukan curi dengar ye terdengar sbb dekat dengan aku..yang lelaki nak balik rumah abangnya sbb mak yo mari dari kg.so nak perkenalkan perempuan tu..dengar jgk perempuan tu mcm x nak pergi sbb takut.yang tu tak kisah tapi cara mereka pegang2 sentuh2 bergurau mcm x kena dengan penampilan perempuan tu..aku bukan nak berlagak baik sbb aku pun x pakai tudung tapi aku rasa mereka x patut buat mcm tu sbb tu public place.
atas bas pulak aku kat side sebelah mereka tapi belakang 1 seat so aku akan nampak dengan jelasnya apa yang mereka lakukan..ambil gambar sentuh pipi,perempuan urut kepala dan tengkuk lelaki tu maybe that boy pening kot sbb aku tgk dia ambil panadol.mcm tu lah seterusnya sampai aku turun bas kat sek 7..mereka nak menuju ke KL.

conclusion di sini : jangan judge ore tu baik bila dia pakai tudung litup ayu je..n jangan judge ore mcm aku yang pakai tudung bila perlu dan tak pakai tudung bila keluar ni jahat..semua ore ada sebab tersendiri atas apa yg dilakukannya..aku nie walaupun bukan baik sgt tapi aku tahu jgk agama..aku bukan mengumpat,aku nak jadikan nie sbg pengajaran untuk aku dan masa depan kelak..klu ada ore baco blog tulisan aku nie aku harap ore tu pun jadikan apa yg aku tulis nie pengajaran.

lalala...nak buat assignment plak..banyok doh nulis hari nie..

Wednesday, October 19, 2011

today was raining day

hari ni hujan saje dari tengah hari hingga ke malam..esok mintak jgn hujan..nak pergi kelas nanti susah..

hari nie banyak mistake aku buat..tak jadi present, buat kecoh dalam kelas, helmet basah, kesejukan sampai menggigil sambil bawak moto.entah lah..apa nak jadi nanti..

hope everything will be fine...

Monday, October 17, 2011

How Could I Forget?

Tgk little tu x faham kan? Apa sebenarnya yang saya lupa? guess..guess..
.
..
...
....
.....
......
hahaha...sebenarnya saya lupa betday suami saya disebabkan asyik memikirkan submission date assignment dan test dan assessment dan quiz dan macam2 perihal sekolah..
tapi...
.
..
...
....
.....
......
saya tak kan bagitau dia yang saya terlupa..saya ingat tu pun sbb ada betday 1 kawan saya on 16th october so bila nak tido i baru release that coming soon is 24th october means that day was encik suami betday..ohh noo...
how come i forgot..nasib baik belum lepas klu dah lepas x ke kecik hati dia..ohh..
apa nak kasi?
apa nak buat?
adoi semua tu buat i pening lah..
i don't know what should i do?it's i need to prepare a betday party?..so how come??
bcoz this week n next week a lot of thing i need to settle be4 mid term..that way i'm a lot rushing about school.

tensionnnnnnn....
.
..
...
....

Saturday, October 15, 2011

Semalam Cakap TAK Mau Balik Tapi Today Pukul 3pm Mau Pulang...

hehe...nak balik nanti tapi x mau bagitau encik suami..nak buat suprise...hahaha...

Friday, October 14, 2011

Stay At Puncak Alam This Weekend...REALY???


hahaha..that was a statement..i cannot say it's true or not..huhuhu...
how come i didn't back home this weekend?it's can be assured?hahaha..but until this second i still at Puncak Alam at UiTM uoll...


this weekend encik suami kerja so i pun malas nak balik tambahan ada a lot of assignment that need me to concentrate in doing that..aku tak mau perkara yang sama berulang lagi di masa depan..tak mau dapat 0 lagi..sangat memeritkan..

tapi tak tahu lah dapat betahan ke tak coz aku dah rasa merindui encik suami sangat2..rindu tiap2 saat tapi nie kan dah weekend so terbiasa balik now today x balik rasa somthing wrong sumwhere...lagipun duit belanja dah habis..hahaha...that was a point actually..
nie lah apartment yang aku sewa tu!!!

skang aku nak buat assignment quality with farah anang one of my classmate.. group assignment lah katakan tapi hanya kami berdua..lagi 3orang dah balik kg..biar je lah..malas nak ambil port..
sape yang rasa ada tanggungjawab nak buat dia akan ada responsibility sendiri terhadap work tersebut..

P/S : to encik suami i miss u alot...


Kehidupan satu permainan

Kehidupan adalah permainan, permainan ada menang dan kalahnya.. samalah seperti kehidupan ini ada saat kalah dan menang nya akan menjadi milik kita.minggu yang aku lalui minggu nie sangatlah perit..segala usaha dari sabtu sampai selasa malam adalah sia-sia bila tugasan lambat dihantar dan markah pun "0"..kenapa manusia nie kejam?kenapa tidak boleh ada sedikit perasaan belas ehsan kepada orang lain?dia tak fikir ke nanti benda yang dia buat akan dibalas kepada anak-anak dia,adik-adik dia,saudara mara dia suatu masa nanti..tidak pernah terfikir langsung ke usaha pelajar nak buat yang terbaik tapi ada aral yang tak dapat dielak..bukan untuk menjadi hero tapi semangat berpasukan untuk menolong kawan2 seperjuangan...

Inilah namanya kehidupan...tiada yang mustahil dan tiada yang tidak munasabah...semua boleh berlaku dengan hanya Kehendak-NYA...YaAllah permudahkan urusan ku di masa hadapan...

Tuesday, October 11, 2011

TerlaLu Bz...

wink wink wink...Aloha!!!
Dah lama tak tulis kisah hidup kat sini..hari-hari yang berlalu dengan kesibukan sampai tak sempat nak update aku punya blog..banyak yang nak cerita tapi aku simpan dulu..nanti aku post lain kali..just kali nie aku nak letak gambar je as my memories...hehehe..

Look Out Point Bukit Ampang

nie nama dia pizza seafood paradise with garlic sauce

ofcourse me and encik suami

nampak disitu perut encik suami yang makin membesar..so cute!!!(hahaha gelak jahat)


tu dulu..nanti upload lagi story nya..

Wednesday, September 28, 2011

BAS RAPID T600

Dah lama x menulis...penat lah hari2 yg lepas sangat menguji keimanan dan ketahan fizikal aku..
Dah 3hari menjadi pengguna setia pengankutan awam. Penat tak boleh nak cakap macam mana..
T600 nie bas rapid yang pusing kawasan rumah aku fasa 3 dan fasa 2 dan masuk terus ke UiTM. aku pulak kena jalan kaki dari rumah pergi ke tempat tunggu bas kat depan pintu masuk apartmen. then aku tunggu bas. aku gerak seawal pukul 6.50 @ 7.00 am setiap hari memandangkan kelas semua pagi. Dan perjalanan akan mengambil masa 1 jam atau 1 1/2 jam.lama sangat dan ramai indon atas bas tu yang x suka.
hari nie kelas pagi cancel so aku bersenang lenang dirumah lagi lah. kelas aku pukul 12.30pm kejap lagi dan esok pukul 10.30am.. hari nie dan esok ada 1 kelas je..eee..x suka nya (bukan x suka klas k,x suka nak naik bas)

so hari nie aku nak kemas bilik sikit yang dah macam tongkang pecah dah nie..memang dah 3hari aku x buat apa2 sbb trlalu penat..
so sabar ye NURUL...nie adalah kesusahan dalam menuntut ilmu jadi belajarlah rajin2.. (Nasihat untuk diri sendiri)

Sunday, September 25, 2011

JaUh KemBali.. :(

petang tadi dah datang puncak kembali...so berjauhan lagi lah dengan en.suami..last friday bila sampai dia belum pulang kerja..dah balik kerja 1st thing keluar dari mulut dia "by abg dah kurus by x ada kat rumah..dah tak ada orang nak masak tok abg.."ala-la..sianye suami aku..
nak buat macam mana dah terpaksa kan..lagipun x lama.sampai bulan 1 je..nie dah hujung bulan 9.so ada lagi 4bulan je..pejam celik pejam celik dah bulan 1 nanti..so kerja aku sepanjang weekend nie masak je lah kat umah..pagi petang masak je..nak datang tadi pun masak tinggal untuk dia makan malam nanti..
thiis week x bawak kereta coz tayar pancit memang dah x boleh guna..waja aku pun belum sampai lagi..bila nak pegi amik kat kelate pun x tau..esok terpaksa lah pegi klas dengan bas..hehehe...terpaksa nak buat macam mana.
assigment tak siap lagi.malam nie n esok kena bertungkus lumus lah nampaknya..
harap tak akan ada masalah dalam proses menyiapkan assignment nanti.

so that all 4 today..

Thursday, September 22, 2011

terJUMPA..DISLIKE

Lorrr..kenapa msti jumpa mereka yang x berkenaan?boleh tak dalam masa sehari tak jumpa sesiapa yang aku benci atau orang tersebut yang benci aku???

ini lah nasib dan takdir namanya..tapi ada aku kisah?
lantak lah..yg penting aku bahgia..hahaha..
petang nie off to shah alam..balik rumah yeayy balik rumah.hohohoho balik rumah..

banyak assignment jangan lupa ye jangan sangat bergumbira kerna ada banyak kerja menanti...

rindu my hubby buncit..

Wednesday, September 21, 2011

Kisah Semalam

Semalam was a bad day for me...
pagi nak pergi kelas terlupa nak check tayar car yg side driver kat depan sbb tayar tu dah sikit hari lagi nak out..sampai junction depan rumah yg banyak gerai2 tu ada one women ketuk crmin kereta..(takut sgt rasa coz ingat dia gile)...upenya dia nak cakapyg tayar car aku pancit..very thankful to that women lah..aku dah tau,nak pegi pam kat Petronas lah..So lepas 1 hal tapi agak cuak sbb x tahu after class nanti still boleh guna or x.
Cerita petang tu plak,aku dah balik umah.so parking.dah siap tu aku keluar n tgk tu xcely parking motor so aku masuk car balik nak start dah x boleh..blank tros kat meter tu..ohhh..god..
So aku coll penyelamat,encik suami.Dia datang jgk walaupun berleter..biasa lah mulut dia klu x berleter x sah.nasib lah..upenya kepala bateri tu longgar..tu je upenya..hehhe...tapi if x reti x boleh jgk..ye dok???
so tu lah cerita semalam..hari nie punya cerita ok semuanya just a certain part yg x ok..x suka bila jumpa orang2 yg nak memusuhi aku...jeling2,cakap2 belakang..tapi x pe aku x peduli..yg penting aku happy..
tu lah kisah aku..

Monday, September 19, 2011

1 day classes...

hye..hari nie 1st day i pegi clas u ol..
7:50am : Hujan lebat sangat..tapi still keluar rumah mau pegi UiTM..
8:30am : Sampai tempat parking (lambat sampai sbb hujan,kena slow coz x nampak jalan)
3:32am : Naik ke tingkat 8 menggunakan tangga kerna lif penuh.
8:35am : Masih di tingkat 8 mencari kelas.
8:40am : Turun ke tingkat 1.terjumpa Maden Razmah. Tanya klas kat mana.
9:00am : Masih mencari klas kerna lect tu x balas msj n x pick-up phone.
9:30am : Naik ke tingkat 9.Ternampak jadual pertukaran tempat kuliah.(dlm hati sumpah
seranah)
9:40am : Masuk ke klas dengan selambanya...hehehe..madem tu perli2..ah lantak lah. yg penting
boleh tulis attendance..
10:00am : Kelas habis....lalalalala...

mcm tu lah kisah pagi tadi..lepas tu dah ok coz dah ada adik2 n rakan sebaya di dlm klas itu membantu...
Perkara Yang Tak Lupa Masa Di Kelas Tadi
1) Mintak jadual yang btol
2) Mintak info yg dah tertinggal sepanjang minggu lepas
3) Mintak no phone beberapa classmate yg boleh diharap
4) Memesan kepada mereka jika ada info sila beritahu
5) Pastikan buku yg digunakan sama spt sem lepas punya if x kena beli lagi

Tu lah kisah untuk hari nie...

Saturday, September 17, 2011

off to puncak this evening

aloha...tis evening i'm will going to puncak alam..tomorrow moning hav classes..
hope sangat class will be fun at ol..if not argh..dont know wat 2 describe...
hope dapat friends yang good n steady je..hope sgt..
preparation b4 go :
1) pack baju n stuff yg nak bawak
2) hanger,tong biru, dustbin,
3) makanan
4) air (untuk minum coz umah sana air kotor n busuk)
5) kemas bilik

then bye bye u ol...c u at puncak..

Thursday, September 15, 2011

Watch that I Dream 1 year ago..

Wink,wink wink...melampau title tu kan..ah ada aku peduli???
actually jam tu around one years ago lah aku ushar, aku belek, aku kelih, aku tengok, aku jamoh, aku pegang setiap kali g mall..nak beli tapi rasa mcm membazir..rego dia mahal skit lah..aku pun raso mcm x padan je nak pakai jam mahal student lagi walaupun status married..
tapi ada satu kejadian di pertengahan malam semalam..encik suami mengajak aku keluar katanya nak g klang nak jupe saing..so aku ikut ah(buke aku sore ada lagi adik n anak saudara dia)..then yo jupo saing tu kat esso tepi jusco klang, yo tanya nak g derak x?
aku oyak "ikut ah,by sihat,abg tu deman larat ke nak g jalan?"
dia jawab "abg on je..."
so kami berempat pun pegi lah merayau2kan kaki nie di jusco..dah lewat dah dalam 09:30pm dah masa tu..dia pergi tempat jam,aku pun mcm biasa lah g tgk jam idaman tu..dia pun oyak ko salesman tu
"bos u angkat ini jam...brapa?"
after a few second nego,dia bawak resit g kaunter n paid..aku plak speechless x tahu nak oyak gapo cuma reaksi aku v tangan ukur nak kerat jam tu..
.....aku meme x jangka dia nak beli,sbb nie tgh bulan.meme terkejut lah..
tapi apa2 hal pun aku bersyukur kerna Allah telah memimjamkan & menemukan aku dengan seorang yang amat sempurna & memahami aku walaupun kadang2 perangainya yang crazy-crazy tu..

nie lah jam tagan idaman tu...

Tuesday, September 13, 2011

wElCoMe Aga!N...

Aloha....Morning...Dah lama tak menulis..lama cuti yee..tak ada perkembangan terbaru tentang diri yang kudus lagi naif nie..naif ke? lantaklah...
Sem baru dah start,kat tempat baru lagi u oll..kat puncak alam. X crowded tapi entahlah.tunggu lah seminggu dua lagi baru boleh adapt kot...
Rumah sewa baru, housemate baru..walaupun tak seagama tapi diaorg ok..buat masa skang baru kenal 2 owang...kak Lulu & Dion.. To Kak Lulu thanks a lot nanti dapat duit pt nurul belanja k..
Masalah plak bab makan yang susah nak cari kedai & duit ptptn yang tak masuk2 lagi nie..overall benda lain belum ada masalah lagi lah buat masa skang..
Banyak juga lah yang berubah dalam diri ini...tak payah bagitau lah..cukup sekadar diri ini yang tahu..Alhamdulilah...semua hutang2 tertunggak sudah DIJELASKAN...sekarang rasa aman je..this 1 kena say thanks to Encik Husband, Zuraidi Ahmad coz helping a lot...
For now that all i thinks...bye..

Sunday, January 23, 2011

Pengakhiran kepada suatu permulaan..

Hidup ini kurasakan kelam, gelap-gelita, tiada sedikit ruang pun untuk aku bernafas dengan sempurna,
Ku rasakan ianya noktah kepada titik permulaan..
Aku merasakan dunia ku sebuah kotak hitam yang dipenuhi dengan ular, buaya, kala dan bermacam binatang bisa yang menunggu masa menerkam dan membunuh aku...
Ku lalui hari dengan suram,perasaan berdebar menantikan berita yang akan membinasakan ku..
Kepahitan dan keperitan amat kurasakan tika ini..
Mampukah aku menyalakan walau sebatang lilin buat masa sekarang untuk menerangi kotak hidup ku ini?
Mampukah aku berdiri tanpa bergoyang ke kiri ke kanan umpama lalang yang ditiup angin?
Mampukah aku menghadapi semua ini dengan hati yang penuh dengan keredhaan dan ketakwaan?
Mampukah aku menjalani kehidupan seperti dulu,sewaktu drama hidupku ingin bermula?

Persoalan demi persoalan bermain di kotak minda ku..tiada satu pun yang mampu aku terjemahkan..aku hanya mampu berdoa agar ada simpati dari Nya untuk ku meneruskan sisa-sisa hidup ku yang telah musnah ini..

"suara hati kecilku berkata jangan lah kamu berputus asa wahai hamba Allah...setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya..kau mesti yakin kau boleh melaluinya kerna kau masih ada yang sayang..kau masih boleh bernafas walau dengan sisa-sisa yang debu,kau masih boleh mengubah haluan hidup kau wahai hamba Allah..jangan lah kau terus rebah tanpa kau berjuang"

"suara kewarasan di otak ku berkata padam muka kau wahai insan yang hina lagi kerdil..inilah balasan yang kau dapat dari perbuatan kau...baik kau bersembunyi,menyorak jangan bagi ada seorang pun yang nampak kau..malu tau..baik kau senyap..jangan percayakan orang luar lagi..ingat kau sekarang insan yang lemah dan hina dimata sesiapa saja yang memandang kau..."

suara yang manakah harus aku dengar?
suara yang manakah betul bagi ku?
suara yang manakah akan membuatkan aku menyalakan lilin untuk menerangi hidupku kembali?

"YaAllah..jika kesalahan yang telah aku lakukan ini sangat kau murkai,aku memohon ampun kepada mu yang hanya ku sembah..aku memohon sejuta keampunan dari Mu YaAllah..YaAllah YaRahman tunjukkan lah ku ke jalan yang benar dengan petunjuk dan hidayah Mu..hanya kepada Mu aku memohon dan hanya kepada Mu jugalah aku meminta...Amin Amin Ya Rabbil Allamin"

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru~dh 05hb dah pun~

Happy new year..dah 5 hari berlalu.sekejap je pejam celik pejam celik nanti dah nak abis tahun plak..
pe pe pun tahun nie azam baru dan semangat baru.moga terus berkobar2 lah dan bukan hangat2 taik ayam je..
kelas dah start 3 hari,cam biasa lah cuma kali nie aku tidak lagi dikelas A..aku tukar kelas B coz aku malas nak mengadap orang yang tak suka aku..so aku bawak diri ke kelas b.tapi aku isau coz aku dah amik tempat linda..mesti linda plak anti aku nanti..erm..susahnya hidup if kena fikir perasaan orang jer.
semalam kat kelas PD ~personal development~ lec tu best sgt tapi aku x tau dia nama apa..hehehe..dia cakap pasal diri,nak suh semangat,pandang diri kita seperfect mungkin,kenal pencipta n 1 ting aku like ayat dia..."e guy that u love not e guy that u married"means lelaki yang kita kahwini tu bukanlah lelaki yang kita intakkan selama nie..dpd pemahaman aku masa bercinta semua org memakai topeng yang kedua means keperibadian sebenar disorakkan tapi berpura2 untuk nampak perfect dimata kekasih..that way bercinta 6-7thn,berkahwin 2-3 hari@minggu je..so aku menyarankan kepada sape2 yang nak kawin n kekal lama mcm atuk nenek kita dulu bila dah kenal n rasa yakin akan dialah pasangan kita teruslah kawin..dia mcm gambling "untung batu tenggelam,untung sabut timbul"..
hidup memang sentiasa kena gambling diri sendiri..ada luck nasib baik,x de luck merana lah badan..
Contoh terdekat aku..kenal encik suami sekejap je..x sampai 15kali keluar bersama,n masa keluar bersama tu x de perasaan cinta pun..aku anggap dia abang je..cuma lepas kali ke 13 keluar x silap aku baru lah encik suami cakap dia sebenarnya ada hati kat aku..so bila dah buat istikarah,kebaikan,keburukan dia,nenek pun cakap dia adalah calon suami yang terbaik buat aku selepas byk peristiwa menyayat hati berlaku pada aku so aku pun dgn rela hati menerimanya menjadi suami aku..dan terbukti kami bahagia dengan percintaan selepas kahwin nie..pengorbanan dia terhadap aku terlalu besar..dia banyak bersusah payah berusa untuk menyembuhkan penyakit aku..ke hulu ke hilir mencari ubat untuk aku..dia juga telah berkorban masa remaja nya untuk menyara pengajiaan aku sampai lah degree nie,dia memang banyak berkorban untuk aku..itulah yang patut aku banggakan dengan dia..terima kasih tuhan kerana menjadikan dia untuk aku..

So lesson for today is "e guy that u love not e guy that u married"