Friday, May 17, 2013

25th Birthday ~ R.A.I.N.B.O.W C.A.K.E ~

I'm old oledi lor..
25th years old this year..Alhamdulilah..
Masih diberi peluang hidup di bumi yang fana ini dengan jasad dan roh yang Allah pinjamkan.
Syukur ke hadratmu YaAllah..
Aku juga mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada MAKAYAH ku kerna telah melahirkan aku pada 25tahun lalu.
YaAllah ampunkan dosa ibubapaku..
YaAllah ampunkan dosaku terhadap mereka juga..

Buat Suami tercinta walaupun dia tak ingat tapi alhamdulilah lepas dia ingat betday terus dia coll berkali2 minta maaf aku plak apa lagi buat-buat merajuk lah..

Dan malam tu ada surprise birthday party untuk aku...
Terima kasih suami tercinta, akak Izan, abg Nan, dan anak-anaknya..

ooooooooo....
S.P.E.A.C.H.L.E.S.S
tiada apa yang dapat mengantikan perkataan ini selain
T.E.R.I.M.A.K.A.S.I.H
banyak-banyak kasih buat kalian semua..



rainbow cheese cake

alamak terbalik plak..ni caffe latte my peberet..awesome


ni dia..




Friday, May 10, 2013

New Life Style

Assalamualaikum..Salam sejahtera semua..

Sekarang aku dah habis belajar dah kerja tempat baru bukan kat sungai buloh lagi..
lagi dekat dari rumah ooohhh..untuk pengetahuan korang aku dah pindah ke Shah Alam Seksyen 8 tepi IPD Shah Alam. Aku kerja kat TTDI Jaya kat area Bukit Beruntong.

Sekarang aku punya life style pun dah berubah woo.. kerja masuk pukul 10 pagi balik 7 petang.
Pagi masak-masak dulu duduk brekpas dengan cik laki sambil borak-borak syok woo..
Sekarang kena kerja kuat sikit nak tampung kehidupan yang makin mahal kos nya ni.
Aku pun dah sambung belajar lagi..hehe..belajar mengaji quran..hehe..Alhamdulilah terbuka hati dah sikit.Moga mendapat berkat dari Allah yang Maha Kuasa.



Nak pergi gym lah nak bersenam untuk kesihatan dan kecantikan..
kat mana ye GYM kat Shah Alam ni??


 Sambil-sambil tu sekrang rilex adalah perkara utama akan aku pilih kerna kesihatan badan tak seberapa lagi, aku nak cuba buat rumah aku macam hotal yang siap ada spa..wahh..syok tak?
Dalam bilik aku ada tab mandi so hujung minggu ni aku nak pergi cari aromatherapy punya lilin dan bunga sebab nak "mandi bunga"..
Comel lah aku nanti..hahaha.. "PERASANNAKMAMPUS"


nak rilex macam ni

 yup!!!next 2 week nak pergi MELAKA...sambil jalan-jalan cari makan dan berhoneymoon nak pergi rumah kenduri kawan lama cik laki..
Jadi tunggukan kemunculan gambar-gambar Melaka Bandaraya Bersejarah nanti saya pergi 25-26 ni ye!!!


bye..jumpa lagi nanti..malam ni nak pegi DINNER kat Hotel De Palma Shah Alam..

Monday, May 6, 2013

My Jubah Day

taraaa.. ni dia gambar yang dah berkurun tu..
 
cium sikit sayang..gediknya dia..


lompat tinggi-tinggi sampai pokok sena...
nanti dah berjaya boleh senang-lenang..















thanks sayang for being my husband and friend for almost 6 years..u r the best among the best..
sorry for everthing sometime i badmood, sometime i will be a cat and tiger also too u but i want u believe me..
"i love u so much.."
lovetilljannah..no one can replace u..







peyot boyoi..tak malu..

  comel tak kami...sweet kan.. (perasannakmanpus)


P/S :
* bercinta selepas kawin adalah sesuatu yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata hanya mampu menikmati perasaan ini sendiri..
* adik-adik cepat kawin jangan bercinta sampai tergadai maruah baru nak kawin, tengok kami..
*kalau bercinta selepas kawin kamu akan lebih mengenal dia luar dalam..(dalam?haha)


PRU 13 -part 2

-sambungan part 1-

Ini adalah pengalaman pertama aku untuk mengundi tapi aku dah dapat pengalaman yang buruk aku kira kerna dari perjalanan pulang ke kampung aku menaiki toyata hilux, agak tinggi aku kira dan semasa sampai di satu perkampungan kat pahang, aku dibaling mercun oleh parti pembangkang..
alangkah terkejutnya ku dan suami sampai suami tertekan hon dan paling malang kami balik yang dimarah oleh pihak yang membaling mercun itu.amat tidak patut disitu.sangat geram ketika itu hanya tuhan yang tahu..subhanallah... sabar sahaja lah wahai makhluk Allah yang mulia..cehh wah..perasaan mendalam sedikit! kuang-kuang-kuang selepas itu pandangan yang tidak enak dipandang ada berkeliaran dimana-mana sahaja.. satu perasaan yang aku tak suka..

 Malam kedua dikampung aku bawa mak aku dan adik-adik jalan-jalan..kami ke Tesco beli barang, hangout makan-makan sambil borak..

Malam balik tido.....

Zzzzzzzzzzz......

Esok bangun lambat sebab dah penat!!!

Yeay hari mengundi dah tiba!!!
aku bersiap ala kadar asal sopan"baju kurung lah paling sopan"..
dah macam perempuan melayu terawal plak..
then dari tumpat gerak ke bachok almost 1/2 hour jugaklah,kat sana aku terjumpa kawan-kawan sekolah lama..

alangkah terkejutnya aku tengok diaorang..
kenapa berbeza sangat?
ke aku yang perasan muda hakikatnya aku dah tua?
tapi aku lahir tahun 1988 mengikut perkiraan mesin kira-kira umur aku BARU 25 tahun okey!!!
tapi kenapa mereka nampak macam dah 30 tahun ke bawah?
kenapa penampilan tak dijaga???
kenapa tubuh dibiarkan gempal???
kenapa muka nampak kedut dah???
kenapa kawan-kawan???
adakah tidak belajar tinggi???
 tak kerja makan gaji???
tak duduk office???

itu bukan alasan kawan-kawan..walau dimana pun kita sekarang sudah kahwin atau bujang kita tetap kena jaga penampilan, kalau dah berkahwin untuk suami supaya kita boleh mengunci mata suami dari pandang yang lain.. kalau belum berkahwin untuk sedap mata memandang bakal mak mertua.. tapi kalau bukan untuk sesiapa sekalipun kita tetap perlu menjaga tubuh badan kita kerna jika dipangkan umur kita nak guna ia lama..

aku ni bukan cantik tapi aku jaga apa yang aku tengok kurang pada diri aku untuk kasi itu sebagai satu kelebihan diri.. asset kita tubuh badan je..memang betul mati pakai kain putih je, perfume air mawar je tapi sementara hidup belajar lah sayang ciptaan Allah.. sayang diri sendiri dulu sebelum sayang yang lain..

eh dah lari topik!!! ngeh-ngeh-ngeh...

ni gambar nenek aku..dah tua dia sekarang..sayang dia sangat-sangat.. masih bergaya walaupun tua.. nak tengok aku tua..ni dia muka aku waktu tua nanti!! hehehe..
ni saya lah..sebelah tu kembar saya masa tua nanti

cik laki bersama nenek


k lah..malas nak menulis dah..
bye...
asalamualaikum..

Sunday, May 5, 2013

PRU 13 - part 1

Salam 1 Malaysia..
 (wahdahmacamperdanamenteri)

Alhamdulilah saya sudah menyelesaikan tanggungjawab kepada negara dengan mengundi dan memilih calon yang saya anggarkan betul bagi diri saya.
apa-apa pun "undi anda adalah rahsia"....hehe
 Ini adalah kali pertama pengalaman saya sepanjang 25 tahun hidup di Malaysia mengambil bahagian dalam undian. hehehe..
sebab baru cukup umur untuk mengundi.
Masa nak balik dari Shah Alam ke Kelantan hati dah berdebar-debar nak pilih apa ni then perasaan masa tu macam berbelah bagi sama ada nak balik ke tak tapi disebabkan dapat duit minyak baik aku balik..
alang-alang boleh lepaskan rindu kat family..
Balik 3hari 2malam macam balik 1 minggu..
semua family aku melawat kali ni..
Balik malam tido kat rumah bekas mak tiri cik laki, then pagi tunggu cik laki urut jap pas tu gerak pergi rumah kakak ipar aku kat jerteh jugak kat La Hot Spring..
Lepas lunch aku gerak pergi ambik duit mengundi orang kasi bahagian cik laki..
Then balik kampung aku kat Bachok..hehehe ni part air mata sebab lama dah tak jumpa nenek..
Nenek pun sakit.kesian dia..tapi nak buat macam mana ajak datang KL tak nak..sayang kat rumah katanya..
bahagian saya plak pergi ambil duit pengundi luar..ngehngehngeh..
ni lah part yang paling ditunggu-tunggu saya..
Lepas ambil duit saya lepak pantai jap..
depan rumah nenek..
makan keropok lekor dengan air kelapa muda..ermmm..sejuknya..sedap..
tapi kesian kat cik laki sebab dia tak boleh minum ais baru lepas mengurut.hahahaha(tahajkaleg)...


kepok lekor dah tinggal sebatang baru ingat..hehe

ni lah kedai tepi "pantai kemasin" yang saya cakap tu..

Balik dari pantai singah rumah pak saudara dah lama tak jumpa almost 5year..
dah dapat menantu pun dia.masa kenduri anak kedua dia merangap 1st kenduri , saya dengan bangganya istihar saya tidak pulang..sob sob sob..kerja lah bukan suka-suka hati tak nak balik!!!

Malam gerak pergi rumah mak tersayang saya..tengok adik-adik. Yaallah rindunya kat diaorang.. MOTIF BESAR adalah nak balik ambil rantai tangan yang saya beli masa emas murah hari tu..cakap dengan mak saya jenis apa yang saya nak then dia tolong belikan..hehehe

Thanks buat cik laki kerna belikan saya rantai tangan ini..hehe Cayamdiasangatsangatsampaitakadatolakbandingnyalagi...(kedob)

Malam tu keluar makan kat apa namanya tempat tu lupa plak saya..ooo.. kampung sireh kalu tak silap kat area Tesco.
Akhirnya dapat jugak saya makan makanan yang saya idamkan dari S.A lagi..
tapi x snap gambar sebab excited sangat dapat makan..
Menu kedai ni ringkas je dia pun meniaga kat kaki lima..
Laksam
 Nasi lemak ayam
Roti bakar
Burger
 itu je yang ada kedai dia jangan lah awak semua pergi minta nasi kandar ke apa memang tak ada lah kan!!!
Sambil makan tengok orang berarak ikut pilihan parti masing-masing..

 -sambungan part 2-