Monday, December 30, 2013

JJCM : Juvita Seafood - Banting

ni lah kedai dia
hehe..besar gelas dia..kami share je.. RM5.00

kerang bakar RM5.00

sup belut RM15.00

Sotong Goreng Tepung RM25.00

Tomyam seafood RM17.50
Udang masak masam manis telur RM25.00
Ketam masak pedas RM25.00

Kami makan berdua jer..hehehe..macam makan 10 orang ker?


kenyang sangat-sangat

dah pening sebab banyak sangat makan seafood

JJCM : Dataran Banting a.k.a Morib

Sambungan entry day trip ke Morib.
Kami dah habiskan masa setengah hari di Dataran Morib waktu lunch nak makan kat mana ye?
So kami dah pusing-pusing foodcourt tapi tak berkenan langsung dengan makanannya so kami decide nak cari makanan kat luar dari dataran Morib tu..
Pusing punya pusing sampai dah ke dataran Banting, jauh tu..
Masa otw nak pergi sana tu saya ada ternampak kedai jual air coconut shake tapi tak sempat berenti, then masa nak cari kedai makan tu ternampak lagi dah terlepas tapi cik laki pusing balik ke sana..so beli lah cocunat shake..tepi kedai tu ada kedai jual ikan segar..

Dah sampai dataran dekat dengan hospital banting pusing kiri traffic light dia, ada sebaris kedai makan..agak panjang lah tapi terpisah-pisah..
Kami pilih kedai yang menarik sebab tak tahu yang mana sedapkan..

Wak Dol Soto jadi pilihan..
gerai dia last sekali, ada jual soto dan mee yang bermacam-macam dan juga nasi ayam..
Alhamdulilah pilihan kami menepati citarasa..dah rezki agaknya..memang sedap lah..
Nasi ayam baru masak.
ni gerai dia..

sampai licin kami makan
Selepas tu makan kami ke Dataran Morib lagi sebab nak makan sotong bakar..
Kat Morib ni ada 1 kedai jual sotong dengan tauhu bakar..
Sotong 1 pack kecil RM10.00 , besar RM20.00
Tauhu 1 pack RM5.00..
Sotong tu sedap jugak..
Kami beli yang pack kecil jer..sebab tadi dah makan nanti nak makan lagi..


ni kena minta komisen dengan tuan kedai boleh jadi model

excited dia..

pack kecil RM10.00

Kami makan malam kat Juvita Seafood kat Kanchong Barat kalau tak silap..
Nanti saya update lain kali k...
Dah penat lagipun nak ambil gambar untuk stok baru One Too Infinity Shop..

Monday, December 23, 2013

Day trip to Morib - Banting

Bismillah.

Assalamualaikum semua..

Semalam 23.12.13 saya ada maternity check up kat KK shah alam, Cik laki ambil cuti nak temankan saya ke klinik, biasa dia just hantar then pick up after saya siap..
Semalam dia cuti sebab saya kena cucuk semalam..Cucuk dos pertama untuk kancing gigi if i not mistaken..

So lepas dah register pergi breakfast kat kedai dalam KK tu..saya makan nasi lemak cik laki makan nasi goreng..




Dah tu tunggu giliran semua bagai..
Kena cucuk kat bahu, sakit sikit je..macam kena gigit semut..
TAPI...
kesannya MasyaAllah..sakit dan lenguh sampai ke hari ni..
Semalam pun deman..

Dah keluar dari KK tu cik laki tanya nak pergi mana?
saya belum jawab dia dah jawab..
Kita pergi sunway lah, boleh usher barang baby yang tak cukup lagi..
(tapi dalam kepala saya-aku rasa dah cukup semua,biasa dia yang lebih-lebih cakap dah lah tak payah beli lagi barang baby,semua dah cukup)

Saya cakap okey je lah kan..
dah masuk highway Saya tukar fikiran..
dialognyer berbunyi begini

cik bini : sayang apa kata kita pergi bukit tinggi spend masa berdua lagipun tak lama lagi kita dah bertiga.
cik laki : tapi nak pergi mana?
cik bini : erm..kita pergi bukit tinggi pahang..
cik laki : x jauh ke? x penat ke?
cik bini : tak jauh, dekat je..jom lahhh..(buat muka gersang)
cik laki : okey (pasrah bila dah tengok muka gersang bini..hhahah)
so dah sampai shell highway kesas cik laki berhenti bank jap melaburkan isi perutnya..

Aku dalam kereta masih memikirkan bukit tinggi..tapi kalau ke bukit tinggi kena banyak jalan dan memanjat..ish tukar plan lah..
cepat-cepat amik mr. google search tempat menarik area selangor..
*
*
*
*
*
*
*
*
tup-tup keluar MORIB
okey set, Morib lah..

hehe..nampak tak disitu nanti cik laki akan bising..
tapi yang hairannya dia setuju tanpa bising..hahaha..maybe dia pun x mo pergi bukit tinggi tu kot..

So bermulalah perjalanan kami..


Taraa..dah sampai..

si poyo

aku nak jugak

Layan jer lah gambar kat bawah ni..aku pun nak termuntah bila tengok balik..mengada-ngada betul,,
hehe

I Love U


Fuyoo..
see my babybump

Really love u sayang

Keciknya dia



papa..baby lapar..nak makan..




tengok buntut je lah








Wednesday, December 11, 2013

Bahayakah Vaksin

Bahayakah Vaksin?

Saya sendiri pun tak tau, tapi bila baca kawan-kawan fb punya status pasal bahaya vaksin dan vaksin tidak halal agak takut lah jugak..
tapi masing-masing ada pendapat sendiri
cuba search internet pasal vaksin banyak jugak maklumat
saya sendiri tidak tahu lagi mahu mengambil vaksin untuk anak yang bakal lahir atau tak
tapi anda punya pilihan sendiri untuk memilih, kuasa di tangan anda

disini ada a few different pendapat tentang vaksin
ada yang setuju dan ada yang tak setuju


disini Dr. Zubaidi ada menerangkan tentang vaksin dapat mencegah anak-anak dari bahaya penyakit


disini plak ada hukum hakam tentang vaksin


banyak informasi yang berguna yang kita tak sedar

Ada banyak lagi blog yang cerita tentang vaksin, anda boleh google
Jangan marahkan sesiapa dalam hal ini, anda ada fikiran logik akal sendiri, jadi fikir dan ambil tindakan sendiri tanpa menyalahkan sesiapa.
Tiada guna kita menuding jari dan berbahas dengan perkataan negetif, juka kita fikir itu tak baik tinggalkan dan nasihat mereka dengan cara yang baik..
Janganlah kita merosakkan akhlak kita..

Maaf kalau ada yang marah..




Cuci Sawang

Dah bersawang sangat ni, 
mana jalan nak masuk ni?
Mak aii,,sapai macam tu sekali aku tinggalkan diari awam aku ni..

Assalamualaikum..
Hehe..
Kita sangat busy lately ni..
bukan busy sebab apa tapi sebab "menyibuk"
erm kakak dan abg kita dah tambah cawangan kedai so kita tumpang lah membusy kan diri sendiri dengan menolong sedikit sebanyak yang termampu dalam keadaan diri yang makin memboyot ni..

Alhamdulilah pregnancy kita juga stabil tiada masalah setakat ni..
Syukur Ya Allah..
Berkat doa kawan-kawan kita juga.

see my babybump
Bebalik pada kedai yang baru dibuka tu

1) Kedai Nasi Campur 
Alamat : Giant Seksyen 13 Shah Alam Kiosk no 5

2) Kedai Jus Madu Epal 
Alamat : Busana Mara Kuala Lumpur

Alhamdulilah sekarang almost 2 week dah bukak kedai Alhamdulilah..

Jemput-jemput lah datang ye beli makan dan minum jus madu epal..

nanti saya akan terangkan khasiat jus madu epal di entry lain. (bilaplakxtahuentryakandatangtu)

Tengok gambar lah dulu..

nasi campur

si poyo

nasi campur jangan lupa datang makan


kedai di busana mara jus madu epal- abg dan encik laki

Thursday, November 14, 2013

Balik kelantan bawa pelancong


Saya nak balik kampung lepas solat jumaat nanti..

ye saya nak bawa pelancong mengenali kelantan..
Pelancong itu bukan orang lain tapi abang dan kakak angkat kami yang berasal dari perak..

Sekian, nantikan update dari saya pasal keistimewaan kelantan.

Thursday, November 7, 2013

Cabaran Kahwin Muda

Hai dan salam bertemu lagi kita,
Saya nak sambung pasal kahwin muda yang saya sendiri alami dan kisah ini adalah kisah hidup saya
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal ianaya hanay berkaitan dengan saya dan cik laki sahaja..

Siapa cakap kahwin muda tiada cabaran?
Bagi saya ianya penuh dengan onak dan liku kerna saya dan suami masing-masing muda dan kami tak kaya.
Kami tiada kereta, tiada rumah, tiada asset..
TAPI
Apa yang kami buat?
Alhamdulilah dengan pertolongan Allah dan nenek kami dapat survive dalam kehidupan rumah tangga.
Dengan doa , usaha , berkat dan tawakkal kami naik dari setapak ke setapak dan kami melalui saat jatuh dan bangun bersama..
Cabaran yang terpaksa aku lalui adalah:
·         Masa
Kenapa plak dengan masa?
Aku kan masih di bangku sekolah..pelajar di UiTM.
Aku terpaksa membahagikan masa aku dengan 3 perkara
1) Belajar – aku tinggal di hostel masa aku dah kahwin pun so aku jumpa dengan dia hujung minggu jer dan waktu lah aku nak bermanja-manjaan..hehe.. Aku jugak kena focus masa di hostel dan kelas tak boleh skip supaya aku dapat membuktikan pada mereka yang melarang aku berkahwin dulu kerna risaukan pelajaran aku akan terganggu..Kadang-kadang aku stress biasalah belajar ni ada time stress bila banyak assignment bila nak dekat exam..So aku kena pandai manage masa aku..
2) Suami – of course lah kan bila dah kahwin dan bergelar PUAN mesti kita akan ada tambahan tanggungjawab, dia kan lelaki mesti nak belaian manja..ceh wah manjer jer yang aku ingat kan..at least kena masak lah walau seminggu sekali jumpa baru lah dia saying kita..Air tangan isteri ni boleh menambat hati suami supaya dia terus menyanyangi kita selalu..Aku memang sangat bernasib baik kerna suami aku sangat memahami diri aku yang kesuntukan masa dalam menguruskan dia..eh dia dah besar lah buat apa nak urus??? Wei..suami ni ibarat anak pertama kita yang masih kecil dan menyusu..mereka memerlukan kasih dan sayang dari isterinya..dia mengizinkan aku untuk tinggal di hostel, mengizinkan aku untuk keluar ke kelas, dan segala yang aku buat dia beri keizinan..Alhamdulilah..Kadang-kadang sampai 3 minggu kami tak berjumpa kerna musim peperiksaan aku memang akan stay kat hostel..Kita juga sebagai isteri harus pandai memainkan peranan..mentang-mentang lah suami ko dah izinkan ko langsung ko lupa nak tanya kabar dia dah makan ke belum..itu memang melampau lah kan..So kena pandai manage masa dengan suami..
3) Diri sendiri – kita ni manusia dan sifat seorang manusia perlukan rehat. Macam mana aku buat?dah weekdays aku habiskan untuk study, weekend untuk suami..erm nasib lah badan.. Bukan macam tu, kita mesti tak focus 24 jam kan terhadap sesuatu yang kita buat so ambil masa di celah-celah yang free tu untuk diri sendiri..pergi manjakan diri..macam pergi spa ke 1 jam untuk buat urutan, tidur sepuas-puasnya tanpa memikirkan apa-apa selama 2-3 jam waktu free tu..macam tu lah aku buat..Kalau nak potong kuku ke apa ke masa ni lah jugak..masa free yang di celah-celah kita penat focus study atau duduk dengan suami..Suami pun bukan tak tido so ambil peluang tido sama sebelah suami lagi nyeyak uoll..hehe
·         Duit a.k.a Wang
Yer, kami suami isteri ada masalah ni sebab suami aku bukan seorang doctor atau ahli perniagaan yang hebat tetapi dia hanya orang biasa-biasa saja.
Kami tak mengharapkan duit dari keluarga kerna kami tahu keluarga kami bukan kaya, so aku dengna dia cuba sedaya upaya untuk mencari sesuap nasi sendiri. Suami aku kerja kilang, kerja kedai perabot, klindan lori semua dia buat nak tamping perbelanjaan aku di university..Dia berkorban masa muda dia untuk cuba menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan aku juga mencari alternative lain macan berniaga online dan alhamdulilah sedikit sebanyak membantu..
Kami tiada kereta masa tu yang ada Cuma sebuah moto buruk, kenderaan tu lah yang banyak berjasa kepada kami..tapi kami happy kerna kami yang pilih ini semua..
Tip kepada mereka yang ingin kahwin muda jangan mudah menyerah kalah dengan setiap dugaan, yang penting fikir positive dan sentiasa happy dengan apa yang kamu buat..

·         Pengaruh kawan-kawan
·         Perangai keanak-anakkan

Ada lagi lah cabaran yang kecil-kecil, tapi nasihat saya kepada yang nak kahwin muda, jangan terpengaruh dengan dugaan ni semua, kalau bergaduh  ke apa cuba duduk bersama-sama dengan perasaan yang tenang buang semua amarah dalam diri dan tenung pasangan anda sedalam-dalamnya dan ingat detik manis bersama,paling penting kena sentiasa mengalah..masing-masing jangan ego, minta maaf dan berterima kasih selalu dengan pasangan.
InsyaAllah akan kekal sebab ni lah tip yang saya pakai sampai ke hari ni.

InsyaAllah jika niat kita baik Allah akan menolong kita dalam apa hal sekalipun.

Yang penting happy dengan apa yang kita buat!!!

Saya Happy Kahwin Muda!!!

(gediknyerlahwehbinisapolahnitaktahu)


Sunday, November 3, 2013

Kebaikan dan Keburukan Kahwin Muda (Part 2)

Hai semua..
Ni sambungan dari episod yang sebelum ni..

ok ni jer pendapat saya, ada banyak kurangnya tapi ni lah yang saya fikir masa tu..



Kahwin muda (Part 1)

Assalamualaikum silent reader...

Kenapa tajuk n3 hari ni macam pelik jer? macam pelik jer?

hehehe..

Ni cerita dan pengalaman saya dalam kahwin muda.
Kiranya ni macam tips atau nasihat atau perkongsian dengan anda semua..

Saya kahwin masa berumur 19 tahun 29 hari

Yeay..tak percaya?

okey ni bukti..

tonggeng kepala anda yer..muka innocent giler budak2 lah katakan



tengok tarikh nikah dan no ic kami..belakang tu dah edit yer..tgk date dah lah yer

Now dah percaya?

Okey kisahnya bermula di sini..

Aku masa tu part 1 diploma di UiTM Machang Kelantan, Aku kenal dia bulan 12 tahun 2006 dan nak ditakdirkan kami ni ada jodoh bersama aku benci sangat dia..
Playboy!!!
Yea betul dia playboy so aku apaa lagi pun jadi playgirl lah..

Kami tak serius berkenalan, sebagai kawan.Masa tu dia kerja di kedai makan di Kuantan.
So memang tak jumpa dah lah lepas 1st time jumpa di kedai emas mak aku kat pasir puteh.
Dia bersungguh-sungguh minta no phone aku tapi aku tak kasi..
Jual mahal skit.
tapi dia dapat jugak dengan someone yang kerja kat situ.
So okey lah aku biarkan je.
Nak buat macam mana kan.

Lepas lama menghilang dia coll aku.
Aku macam blur2 buat2 tak ingat dan buat2 tak tahu apa dia cakap.
Dia tak putus asa.
Dia berusaha.
Dia balik cuti kat kampung,dia ajak mak aku pergi rumah dia, sebagai kawan katanya.
So kami pergi lah makan-makan kat rumah dia.

O_O
oo baru aku tahu dia anak yatim kematian ibu samalah dengan aku cuma aku tiada ayah meninggal masa aku umur 10 tahun, dia plak tak ada mak masa umur 12 tahun.
Dia ada mak tiri yang baik macam mak kandung dia dan anak bongsu kalau kira tapi ada adik baru hasil perkahwinan mak tiri dengan ayah dia..
Tapi MANJA .. MasyaAllah..

Lepas tu kami tak jumpa lagi..

Dalam bulan 4 tahun 2007 dia balik cuti ke kampung dia.
Dia ajak jumpa dan nak tahu dia cakap apa???

"Jom Kahwin!"

adoi..aku..pengsan..terus..

Woi ko ingat kahwin ni boleh dibuat main ke?

Dia suruh aku buat solat isthikarah, solat hajat then aku buat..

Alhamdulilah aku nampak cahaya..
So aku terima lamaran dia tapi wali aku a.k.a pak cik adik arwah ayah tak kasi
dia cakap belajar dulu sampai habis..

Aku ada kisah disebalik nya,
Nenek sangat menyokong aku.dengan usaha nenek aku akhirnya berkahwin juga..

15.6.2007

Masa tu cuti mid semester.

Tiada pelamin indah, tiada majlis besar, tiada mas kahwin mahal..
tapi alhamdulilah dah hampir 7 tahun kami bersama.

Memang aku ada solat isthikarah tapi aku senaraikan dulu baik dan buruknya aku kahwin.
Kawan-kawan semua tak tahu, aku senyap2 diam2 sorang2..
Aku buat list.

nanti aku sambung lagi yer..
nak masak dulu..

Thursday, October 24, 2013

Selamat Hari Lahir..

Selamat Hari Lahir sayang..
Semoga murah rezki dan panjang umur..
Semoga menjadi seorang yang terus bertanggungjawab dan menyayangi by dan bakal baby kita..

Sedihnya dah tua.
hahaha..

Ok tamat episod ucapan..
Ni episod complain plak..

Mentang2 lah birthday dia semalam, jenuh ambo nak melayan dio..
Kaloh budok umo setahun..
Dio suh korek telinga, buang daki, potong kuku nak makan itu ini...
Adoi pening kepala aku..

Tapi LAYAN...

tak ada kek semalam just makan-makan..

Alhamdulilah..


Tuesday, October 22, 2013

One Too Infinity Shop SA0266169-H

Assalamualaikum..
Selamat pagi..

One Too Infinity Shop SA0266169-H


ni sebenarnya butik online saya..
Alhamdulilah sudah beroperasi selama 4 tahun tapi dulu dengan nama lain..
Saya tukar nama ni sebab saya minat nama ni
Apa maksudnya?
One too infinity Shop ialah kedai yang tidak terbilang dari segi quantity dan quality..

Anda semua yang berminat boleh like https://www.facebook.com/onetooinfinity

saya juga sedang mencari agen dropship untuk kedai saya ni.

Jikalau anda masih ragu-ragu dengan One Too Infinity Shop anda dijemput ke  butik One Too Infinity di

No 16, Jalan Tebing Empat 8/8D, Seksyen 8 , 40000 Shah Alam Selangor

Hubungi Saya Di Talian 013-3094295 @ 010-2980945

Tuan Punya One Too Infinity ni namanya Nurul Afizah Binti Yusof boleh panggil Nurul @ Pijah

One Too Infinity didaftarkan atas nama penuh saya dengan no pendaftaran SA0266169-H

Ni saya copy paste je dekat fb saya..
Pemalas kan...
Biarlah..

K lah berminat jangan lupa like atau contact..

ni antara baju yang ada di kedai saya..

Monday, October 21, 2013

Aidiladha kali ni lebih bermakna 15.10.2013

Assalamualaikum..

Hanya tuhan yang tahu apa akan terjadi selepas ini..
Dan Alhamdulilah aku redha dan bersyukur dengan rahmat Allah ini..

Kali ni Tuhan pinjamkan aku dengan harta dunia yang aku senangi, dan kali ini buat pertama kali selepas bergelar suami dan isteri kami menjalankan ibadah korban..

Alhamdulilah walau 1 bahagian kami sangat bersyukur disamping menjalankan ibadat korban kami dapat berkumpul dikampung bersama saudara mara dan rakan taulan..

ni lah lembu yang kami korban 1 bahagian tu


ni plak kambing malu-malu yg kakak ipar aku punya untuk lkepas niat katanya

si poyo

bapak kepada segala poyo

orang kampung dan saudara mara

sembahyang hajat untuk aku sebagai kesyukuran dah kawin almost 7 tahun akhirnya preggy

Amin

Jamuan selepas tahlil

hehehe




Alhamdulilah..
Semuanya berjalan lancar..

Semoga tuhan memurahkan rezki kita semua dan mampu untuk berkorban sedikit harta pinjaman itu di masa hadapan..

Amin..