Sunday, January 23, 2011

Pengakhiran kepada suatu permulaan..

Hidup ini kurasakan kelam, gelap-gelita, tiada sedikit ruang pun untuk aku bernafas dengan sempurna,
Ku rasakan ianya noktah kepada titik permulaan..
Aku merasakan dunia ku sebuah kotak hitam yang dipenuhi dengan ular, buaya, kala dan bermacam binatang bisa yang menunggu masa menerkam dan membunuh aku...
Ku lalui hari dengan suram,perasaan berdebar menantikan berita yang akan membinasakan ku..
Kepahitan dan keperitan amat kurasakan tika ini..
Mampukah aku menyalakan walau sebatang lilin buat masa sekarang untuk menerangi kotak hidup ku ini?
Mampukah aku berdiri tanpa bergoyang ke kiri ke kanan umpama lalang yang ditiup angin?
Mampukah aku menghadapi semua ini dengan hati yang penuh dengan keredhaan dan ketakwaan?
Mampukah aku menjalani kehidupan seperti dulu,sewaktu drama hidupku ingin bermula?

Persoalan demi persoalan bermain di kotak minda ku..tiada satu pun yang mampu aku terjemahkan..aku hanya mampu berdoa agar ada simpati dari Nya untuk ku meneruskan sisa-sisa hidup ku yang telah musnah ini..

"suara hati kecilku berkata jangan lah kamu berputus asa wahai hamba Allah...setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya..kau mesti yakin kau boleh melaluinya kerna kau masih ada yang sayang..kau masih boleh bernafas walau dengan sisa-sisa yang debu,kau masih boleh mengubah haluan hidup kau wahai hamba Allah..jangan lah kau terus rebah tanpa kau berjuang"

"suara kewarasan di otak ku berkata padam muka kau wahai insan yang hina lagi kerdil..inilah balasan yang kau dapat dari perbuatan kau...baik kau bersembunyi,menyorak jangan bagi ada seorang pun yang nampak kau..malu tau..baik kau senyap..jangan percayakan orang luar lagi..ingat kau sekarang insan yang lemah dan hina dimata sesiapa saja yang memandang kau..."

suara yang manakah harus aku dengar?
suara yang manakah betul bagi ku?
suara yang manakah akan membuatkan aku menyalakan lilin untuk menerangi hidupku kembali?

"YaAllah..jika kesalahan yang telah aku lakukan ini sangat kau murkai,aku memohon ampun kepada mu yang hanya ku sembah..aku memohon sejuta keampunan dari Mu YaAllah..YaAllah YaRahman tunjukkan lah ku ke jalan yang benar dengan petunjuk dan hidayah Mu..hanya kepada Mu aku memohon dan hanya kepada Mu jugalah aku meminta...Amin Amin Ya Rabbil Allamin"

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru~dh 05hb dah pun~

Happy new year..dah 5 hari berlalu.sekejap je pejam celik pejam celik nanti dah nak abis tahun plak..
pe pe pun tahun nie azam baru dan semangat baru.moga terus berkobar2 lah dan bukan hangat2 taik ayam je..
kelas dah start 3 hari,cam biasa lah cuma kali nie aku tidak lagi dikelas A..aku tukar kelas B coz aku malas nak mengadap orang yang tak suka aku..so aku bawak diri ke kelas b.tapi aku isau coz aku dah amik tempat linda..mesti linda plak anti aku nanti..erm..susahnya hidup if kena fikir perasaan orang jer.
semalam kat kelas PD ~personal development~ lec tu best sgt tapi aku x tau dia nama apa..hehehe..dia cakap pasal diri,nak suh semangat,pandang diri kita seperfect mungkin,kenal pencipta n 1 ting aku like ayat dia..."e guy that u love not e guy that u married"means lelaki yang kita kahwini tu bukanlah lelaki yang kita intakkan selama nie..dpd pemahaman aku masa bercinta semua org memakai topeng yang kedua means keperibadian sebenar disorakkan tapi berpura2 untuk nampak perfect dimata kekasih..that way bercinta 6-7thn,berkahwin 2-3 hari@minggu je..so aku menyarankan kepada sape2 yang nak kawin n kekal lama mcm atuk nenek kita dulu bila dah kenal n rasa yakin akan dialah pasangan kita teruslah kawin..dia mcm gambling "untung batu tenggelam,untung sabut timbul"..
hidup memang sentiasa kena gambling diri sendiri..ada luck nasib baik,x de luck merana lah badan..
Contoh terdekat aku..kenal encik suami sekejap je..x sampai 15kali keluar bersama,n masa keluar bersama tu x de perasaan cinta pun..aku anggap dia abang je..cuma lepas kali ke 13 keluar x silap aku baru lah encik suami cakap dia sebenarnya ada hati kat aku..so bila dah buat istikarah,kebaikan,keburukan dia,nenek pun cakap dia adalah calon suami yang terbaik buat aku selepas byk peristiwa menyayat hati berlaku pada aku so aku pun dgn rela hati menerimanya menjadi suami aku..dan terbukti kami bahagia dengan percintaan selepas kahwin nie..pengorbanan dia terhadap aku terlalu besar..dia banyak bersusah payah berusa untuk menyembuhkan penyakit aku..ke hulu ke hilir mencari ubat untuk aku..dia juga telah berkorban masa remaja nya untuk menyara pengajiaan aku sampai lah degree nie,dia memang banyak berkorban untuk aku..itulah yang patut aku banggakan dengan dia..terima kasih tuhan kerana menjadikan dia untuk aku..

So lesson for today is "e guy that u love not e guy that u married"