Friday, July 26, 2013

Operation

Salam Sayang buat semua..
Dah lama tak menjengah sebab aku telah melalui satu perkara yang menyukarkan iaitu 
"operation membuang ketumbuhan dekat ovari"
sakit tu normal lah kan sapa yang tak sakit kalau dibedah mengunakan pisau dan sebagainya..

date aku operate hari tu 23/7/2013 jatuh pada hari selasa.
aku operate kat klinik perubatan islam kota kemuning,alhamdulilah semuanya berjalan lancar dengan berkat doa semua orang dan Allah telah memberikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ni.
Pembedahan mengambil masa dalam setengah jam dan ketumbuhan / daging lebih yang tumbuh di perut aku ni berjaya dikeluarkan oleh doktor.
Gambaran ceast tu hitam macam darah kotor sebesar penumbuk tangan aku agaknya..sekali tengok macam limpa lembu..Subhanaallah kuasa Allah itu hebat..
Aku bersyukur kerana semuanya telah selamat..
aku berpantang di rumah kakak ku selama 3 hari dari tarikh operation dan sekarang aku kat rumah dah..

Terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang telah menjaga aku dan mendoakan aku..
Semoga tuhan membalas jasa kalian..

kat sini lah aku operate buang ceast tu


Monday, July 1, 2013

Tekanan Kerja

Salam..
Selamat petang..
Hari ni balik lambat dari tempat kerja so update blog dululah..
hehe..

Masuk je pagar office dah terasa tekanan dan persoalan yang akan diselesaikan,itupun kalau boleh diselesaikan..
Langkah kaki kanan macamana pun tetap juga masalah akan datang menimpa jugak, cuma cara kita nak menghadapi masalah dan bebanan kerja tu macam mana caranya..
Kita berhak memilih jalan yang baik atau buruk kita mahu selesaikan masalah..
Macam saya kadang2 tension overlimit punya,ada jugak mengamuk dan angin satu badan tapi Alhamdulilah cepat sedar..terus tarik nafas dan bertenang jap..then sambung kerja balik..

Semuanya atas tangan kita dan otak untuk proses apa masalah dan cara penyelesaian...

Jom semua berfikiran positif

Masalah = Cabaran

Jadi anggap masalah kita hari-hari tu adalah cabaran baru untuk kita hadapi dengan tenang dan berjayanya..

JOM SEMUA POSITIFKAN DIRI!!!!