Thursday, November 14, 2013

Balik kelantan bawa pelancong


Saya nak balik kampung lepas solat jumaat nanti..

ye saya nak bawa pelancong mengenali kelantan..
Pelancong itu bukan orang lain tapi abang dan kakak angkat kami yang berasal dari perak..

Sekian, nantikan update dari saya pasal keistimewaan kelantan.

Thursday, November 7, 2013

Cabaran Kahwin Muda

Hai dan salam bertemu lagi kita,
Saya nak sambung pasal kahwin muda yang saya sendiri alami dan kisah ini adalah kisah hidup saya
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal ianaya hanay berkaitan dengan saya dan cik laki sahaja..

Siapa cakap kahwin muda tiada cabaran?
Bagi saya ianya penuh dengan onak dan liku kerna saya dan suami masing-masing muda dan kami tak kaya.
Kami tiada kereta, tiada rumah, tiada asset..
TAPI
Apa yang kami buat?
Alhamdulilah dengan pertolongan Allah dan nenek kami dapat survive dalam kehidupan rumah tangga.
Dengan doa , usaha , berkat dan tawakkal kami naik dari setapak ke setapak dan kami melalui saat jatuh dan bangun bersama..
Cabaran yang terpaksa aku lalui adalah:
·         Masa
Kenapa plak dengan masa?
Aku kan masih di bangku sekolah..pelajar di UiTM.
Aku terpaksa membahagikan masa aku dengan 3 perkara
1) Belajar – aku tinggal di hostel masa aku dah kahwin pun so aku jumpa dengan dia hujung minggu jer dan waktu lah aku nak bermanja-manjaan..hehe.. Aku jugak kena focus masa di hostel dan kelas tak boleh skip supaya aku dapat membuktikan pada mereka yang melarang aku berkahwin dulu kerna risaukan pelajaran aku akan terganggu..Kadang-kadang aku stress biasalah belajar ni ada time stress bila banyak assignment bila nak dekat exam..So aku kena pandai manage masa aku..
2) Suami – of course lah kan bila dah kahwin dan bergelar PUAN mesti kita akan ada tambahan tanggungjawab, dia kan lelaki mesti nak belaian manja..ceh wah manjer jer yang aku ingat kan..at least kena masak lah walau seminggu sekali jumpa baru lah dia saying kita..Air tangan isteri ni boleh menambat hati suami supaya dia terus menyanyangi kita selalu..Aku memang sangat bernasib baik kerna suami aku sangat memahami diri aku yang kesuntukan masa dalam menguruskan dia..eh dia dah besar lah buat apa nak urus??? Wei..suami ni ibarat anak pertama kita yang masih kecil dan menyusu..mereka memerlukan kasih dan sayang dari isterinya..dia mengizinkan aku untuk tinggal di hostel, mengizinkan aku untuk keluar ke kelas, dan segala yang aku buat dia beri keizinan..Alhamdulilah..Kadang-kadang sampai 3 minggu kami tak berjumpa kerna musim peperiksaan aku memang akan stay kat hostel..Kita juga sebagai isteri harus pandai memainkan peranan..mentang-mentang lah suami ko dah izinkan ko langsung ko lupa nak tanya kabar dia dah makan ke belum..itu memang melampau lah kan..So kena pandai manage masa dengan suami..
3) Diri sendiri – kita ni manusia dan sifat seorang manusia perlukan rehat. Macam mana aku buat?dah weekdays aku habiskan untuk study, weekend untuk suami..erm nasib lah badan.. Bukan macam tu, kita mesti tak focus 24 jam kan terhadap sesuatu yang kita buat so ambil masa di celah-celah yang free tu untuk diri sendiri..pergi manjakan diri..macam pergi spa ke 1 jam untuk buat urutan, tidur sepuas-puasnya tanpa memikirkan apa-apa selama 2-3 jam waktu free tu..macam tu lah aku buat..Kalau nak potong kuku ke apa ke masa ni lah jugak..masa free yang di celah-celah kita penat focus study atau duduk dengan suami..Suami pun bukan tak tido so ambil peluang tido sama sebelah suami lagi nyeyak uoll..hehe
·         Duit a.k.a Wang
Yer, kami suami isteri ada masalah ni sebab suami aku bukan seorang doctor atau ahli perniagaan yang hebat tetapi dia hanya orang biasa-biasa saja.
Kami tak mengharapkan duit dari keluarga kerna kami tahu keluarga kami bukan kaya, so aku dengna dia cuba sedaya upaya untuk mencari sesuap nasi sendiri. Suami aku kerja kilang, kerja kedai perabot, klindan lori semua dia buat nak tamping perbelanjaan aku di university..Dia berkorban masa muda dia untuk cuba menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan aku juga mencari alternative lain macan berniaga online dan alhamdulilah sedikit sebanyak membantu..
Kami tiada kereta masa tu yang ada Cuma sebuah moto buruk, kenderaan tu lah yang banyak berjasa kepada kami..tapi kami happy kerna kami yang pilih ini semua..
Tip kepada mereka yang ingin kahwin muda jangan mudah menyerah kalah dengan setiap dugaan, yang penting fikir positive dan sentiasa happy dengan apa yang kamu buat..

·         Pengaruh kawan-kawan
·         Perangai keanak-anakkan

Ada lagi lah cabaran yang kecil-kecil, tapi nasihat saya kepada yang nak kahwin muda, jangan terpengaruh dengan dugaan ni semua, kalau bergaduh  ke apa cuba duduk bersama-sama dengan perasaan yang tenang buang semua amarah dalam diri dan tenung pasangan anda sedalam-dalamnya dan ingat detik manis bersama,paling penting kena sentiasa mengalah..masing-masing jangan ego, minta maaf dan berterima kasih selalu dengan pasangan.
InsyaAllah akan kekal sebab ni lah tip yang saya pakai sampai ke hari ni.

InsyaAllah jika niat kita baik Allah akan menolong kita dalam apa hal sekalipun.

Yang penting happy dengan apa yang kita buat!!!

Saya Happy Kahwin Muda!!!

(gediknyerlahwehbinisapolahnitaktahu)


Sunday, November 3, 2013

Kebaikan dan Keburukan Kahwin Muda (Part 2)

Hai semua..
Ni sambungan dari episod yang sebelum ni..

ok ni jer pendapat saya, ada banyak kurangnya tapi ni lah yang saya fikir masa tu..



Kahwin muda (Part 1)

Assalamualaikum silent reader...

Kenapa tajuk n3 hari ni macam pelik jer? macam pelik jer?

hehehe..

Ni cerita dan pengalaman saya dalam kahwin muda.
Kiranya ni macam tips atau nasihat atau perkongsian dengan anda semua..

Saya kahwin masa berumur 19 tahun 29 hari

Yeay..tak percaya?

okey ni bukti..

tonggeng kepala anda yer..muka innocent giler budak2 lah katakan



tengok tarikh nikah dan no ic kami..belakang tu dah edit yer..tgk date dah lah yer

Now dah percaya?

Okey kisahnya bermula di sini..

Aku masa tu part 1 diploma di UiTM Machang Kelantan, Aku kenal dia bulan 12 tahun 2006 dan nak ditakdirkan kami ni ada jodoh bersama aku benci sangat dia..
Playboy!!!
Yea betul dia playboy so aku apaa lagi pun jadi playgirl lah..

Kami tak serius berkenalan, sebagai kawan.Masa tu dia kerja di kedai makan di Kuantan.
So memang tak jumpa dah lah lepas 1st time jumpa di kedai emas mak aku kat pasir puteh.
Dia bersungguh-sungguh minta no phone aku tapi aku tak kasi..
Jual mahal skit.
tapi dia dapat jugak dengan someone yang kerja kat situ.
So okey lah aku biarkan je.
Nak buat macam mana kan.

Lepas lama menghilang dia coll aku.
Aku macam blur2 buat2 tak ingat dan buat2 tak tahu apa dia cakap.
Dia tak putus asa.
Dia berusaha.
Dia balik cuti kat kampung,dia ajak mak aku pergi rumah dia, sebagai kawan katanya.
So kami pergi lah makan-makan kat rumah dia.

O_O
oo baru aku tahu dia anak yatim kematian ibu samalah dengan aku cuma aku tiada ayah meninggal masa aku umur 10 tahun, dia plak tak ada mak masa umur 12 tahun.
Dia ada mak tiri yang baik macam mak kandung dia dan anak bongsu kalau kira tapi ada adik baru hasil perkahwinan mak tiri dengan ayah dia..
Tapi MANJA .. MasyaAllah..

Lepas tu kami tak jumpa lagi..

Dalam bulan 4 tahun 2007 dia balik cuti ke kampung dia.
Dia ajak jumpa dan nak tahu dia cakap apa???

"Jom Kahwin!"

adoi..aku..pengsan..terus..

Woi ko ingat kahwin ni boleh dibuat main ke?

Dia suruh aku buat solat isthikarah, solat hajat then aku buat..

Alhamdulilah aku nampak cahaya..
So aku terima lamaran dia tapi wali aku a.k.a pak cik adik arwah ayah tak kasi
dia cakap belajar dulu sampai habis..

Aku ada kisah disebalik nya,
Nenek sangat menyokong aku.dengan usaha nenek aku akhirnya berkahwin juga..

15.6.2007

Masa tu cuti mid semester.

Tiada pelamin indah, tiada majlis besar, tiada mas kahwin mahal..
tapi alhamdulilah dah hampir 7 tahun kami bersama.

Memang aku ada solat isthikarah tapi aku senaraikan dulu baik dan buruknya aku kahwin.
Kawan-kawan semua tak tahu, aku senyap2 diam2 sorang2..
Aku buat list.

nanti aku sambung lagi yer..
nak masak dulu..