Monday, September 23, 2013

Alhamdulillah buat kali ke-5


Alhamdulilah..

It's POSITIVE (+ve)

Almost 2 and 1/2 Month...

Uri Dibawah


Assalamualaikum..
Saya nak cerita tentang uri dibawah ni..

Doktor tu ada cakap kesan buruk jika uri dibawah tapi untuk awal kehamilan macam saya ni perkara biasa,
ini kerna bayi dalam kandungan masih kecil dan masih boleh berpusing bila-bila masa.
Uri dibawah boleh menyebabkan pendarahan dan jika berterusan uri dibawah mungkin akan berlaku kelahiran pramatang.


Mengalami pendarahan ketika hamil adalah perkara menakutkan hingga menyebabkan sesetengah wanita trauma untuk mengandung lagi. Mereka bimbang perkara sama akan berulang kerana masalah ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.

Biasanya pendarahan ketika hamil berlaku pada trimester ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya di atas) terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal rahim. Keadaan ini dipanggil plasenta previa.

Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.

Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan.
Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan.

Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim. Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.
Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80 peratus), uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar. Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah. Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.

Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia). Jika tidak diberikan rawatan segera, ibu dan bayi boleh menemui maut akibat kehilangan terlalu banyak darah.

“Wanita yang ada masalah plasenta previa boleh mengalami pendarahan vagina selepas kandungan memasuki minggu ke-28, tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.
“Perkara ini membimbangkan kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak atau dipanggil tumpah darah dalam masa singkat. Malah, ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa sebab.

“Jika tidak dirawat, pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah. Ini sebabnya wanita yang disahkan ada masalah plasenta previa major perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin,” katanya.
Bagaimana pendarahan boleh berlaku? Ia boleh berlaku apabila bahagian bawah rahim mula mengalami perubahan bentuk dan menjadi nipis sebagai persediaan untuk melahirkan anak.

Namun, oleh kerana uri tidak boleh meregang seperti rahim, ia merekah pada tempat tertentu lalu menyebabkan pendarahan. Pada peringkat awal, pendarahan biasanya sedikit tetapi ada risiko berlaku banyak pendarahan pada bila-bila masa tanpa tanda atau amaran. Pendarahan ini juga menyebabkan wanita menjadi pucat, berpeluh dan jantung berdegup cepat.

Punca, Jenis Dan Faktor Risiko

Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.
Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

Jenis I atau uri rendah. 
Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.

Jenis II atau pinggiran. 
Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.

Jenis III atau separa. 
Uri menutup separuh pangkal rahim.

Jenis IV atau lengkap. 
Uri menutup seluruh pangkal rahim.

Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor, manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.
Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.


Komplikasi
Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:
Pendarahan yang banyak.

Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).

Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.

Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku. Plasenta abruptio. Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku. 

Adakah Ia Membahayakan Bayi Anda?

Masalah uri rendah secara umumnya tidak mendatangkan bahaya pada bayi. Namun jika menyebabkan pendarahan, ia boleh mengakibatkan bayi turut mengalami masalah kekurangan darah.

Pendarahan boleh berlaku bila-bila masa bermula dari kandungan berusia 28 minggu hingga sebelum bersalin. Masalah ini juga boleh menyebabkan seseorang wanita terpaksa bersalin awal (tidak cukup bulan atau kurang 36 minggu).

Lebih membimbangkan, pendarahan banyak yang berlaku ketika kandungan kurang daripada 26 minggu boleh menyebabkan keguguran. Malah, si ibu boleh meninggal dunia jika dimasukkan ke hospital yang tiada bekalan darah.

Rawatan dan penjagaan bergantung kepada masalah dihadapi, sama ada pesakit perlu berehat di atas katil, memerlukan pemindahan darah atau menjalani pembedahan Caesarean. Bagi pendarahan akut (banyak dalam masa singkat), pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan rapi dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.

Malah, pesakit mungkin terpaksa menerima bekalan darah jika pendarahan terlalu banyak. Namun, dalam kebanyakan kes, di bawah pengawasan doktor, wanita boleh meneruskan kehamilan sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.

Bagi wanita yang ada plasenta previa tetapi tidak mengalami pendarahan, mereka masih perlu berehat di hospital sehingga bayi cukup matang (antara 36 hingga 38 minggu kehamilan) untuk menjalani pembedahan.

“Wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan memilih hospital yang ada bank darah dan kelengkapan mencukupi. Wanita juga perlu memaklumkan doktor mengenai masalah yang dihadapi jika membuat pemeriksaan di tempat lain.
“Hospital akan menyimpan bekalan darah untuk pesakit dan memberi suntikan pada wanita yang pernah mengalami pendarahan. Suntikan ini diberikan sebelum minggu ke-34 kehamilan untuk mematangkan paru-paru bayi. Jika berlaku pendarahan lagi, doktor akan segera melakukan pembedahan Caesarean,” katanya.

Masalah plasenta previa bukan penghalang untuk anda mengandung lagi kerana tidak semestinya perkara ini berulang. Malah, anda juga boleh mendapat anak sihat dan comel seperti orang lain.

Namun Doktor menyarankan wanita yang ada sejarah plasenta previa supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun. Justeru, persediaan minda penting. Cari maklumat lanjut mengenai masalah ini supaya anda faham dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk komplikasi serta rawatan yang ada.

Sebaik mengetahui anda mengandung, bincang dengan doktor mengenai langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak pendarahan. Anda juga mungkin terpaksa mengurangkan aktiviti seks atau mengelakkannya langsung jika berlaku pendarahan.

Kumpulan Berisiko

Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat. Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.

Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid. .

Mempunyai luka pada rahim.

Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.

Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.

Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu. Mengandung anak kembar.


Merokok atau mengambil dadah.


Rasa-rasanya, ibu-ibu hamil tidak perlu terlalu bimbang sangatlah, jika doktor mengatakan uri masih di bawah. Jika kedudukan uri di bawah pada waktu awal kehamilan, ia adalah perkara yang agak normal, sekiranya tidak ada tanda kesakitan atau kesan pendarahan. Kebiasaannya, uri akan naik menjelang minggu ke 27 kehamilan dan jika usia kandungan sudah mencecah 32 minggu tetapi uri masih juga tidak naik ke atas (tidak menyekat laluan bayi), anda memang patut membuat persediaan...

Selain daripada mengamalkan surah-surah lazim yang banyak terdapat dalam buku-buku kehamilan, anda juga boleh mencuba senaman menaikkan uri.

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). [NB: Nafas ibu hamil tua memang pendek.. kuang.. kuang.. kuang… Takpe... chayok, chayok...]. Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. Menurut Qis tina, “kalau mampu tahan 15 saat dah cukup bagus.”…. Hemm… ikut pengalaman saya, memang tak mampu menahan selama itu. Dulu, saya cuma lakukan selama 10 saat sahaja.

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut (of course ler sedut udara ikut hidung juga), kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.



Check Up - Uri dibawah & Minum air gula

Salam semua..
selamat malam..
tak boleh lena memikirkan masalah yang baru diketahui sekejap pagi tadi selepas check up dengan doktor di klinik kesihatan seksyen 7 shah alam..

URI DIBAWAH @ PLACENTA PREVIA

Subhanallah selepas satu- satu dugaan datang..
Ya Allah terima kasih kerna menguji aku dengan semua ujian ini dan aku yakin ada hikmah disebaliknya..

Baby alhamdulilah sihat, tekanan darah dan ujian kencing normal.

sebelum aku bercerita pasal uri dibawah ni aku nak bagitau lagi cerita sedih ni..

MINUM AIR GULA !!!!


arghhhh..benda paling aku takut nak buat sejak disahkan mengandung dan akhirnya hari ni doktor yang merawat aku telah mengeluakan perkataan hikmah dan berbisa itu..

Doktor : "U kena minum air gula ye Nurul"
Aku : "tapi kenapa doktor?berat saya normal naik tak banyak pun" 
 (dajal aku ni kan,baik tak payah pergi klinik duduk rumah chechup sendiri,berani melawan doktor , mesti dia ada sebab sendiri kan)
Doktor :" Saya sarankan awak minum air gula tu untuk check samaada awak ada kencing manis tak, sebab sejarah keguguran awak dah banyak kali, jika ada gula tinggi kami akan kawal gula dalam badan awak supaya awak boleh carry on ur pregnancy"
Aku : Okey (dengan hati berkecamuk bagai dilangar ikan todak)

So Rabu ni nak pergi klinik lagi..
Selasa malam kena puasa.

Okey aku ada sikit tip bagi ibu mengandung yang kena minum air gula macam aku.

Tip : 
* Bawa air masak banyak-banyak, lepas minum air gula minum air masak banyak2 supaya paras tekanan gula tak tinggi
* Bawa minyak cap kapak @ anything sebab nanti anda akan pening dan mual
* Jangan makan benda manis malam sebelum pergi klinik tu

(macamakudahpernahminumairgulabagitipsbagaikatorang,nimakcikakuyangcakapkataku)

Bye..
Assalam


Tuesday, September 17, 2013

My Little Dear (1)


3 bulan 2 minggu

Alhamdulilah..

Mengidam Pak Li

hasilnya
Lagi sekali cerita pasal mengidam..
Pada suatu malam sewaktu sedang lena diulit mimpi pukul 1.30am lebih kurang, tanpa petir ataupun guruh aku tiba-tiba terbangun dari lena dan ini bukan mimpi lagi memang betul aku mengidamkan pak li..
HAH???
Mengidam PAK LI?
encik laki tak ada dirumah belum balik dari gym, aduss macam mana ni..dah rasa nak sangat tak tertahna dah ni nak makan pak li ni..

"Assalamualaikum.., by abang dah balik"
okey driver daah balik cepat buat muka kesian...

"Kenapa tak tidur lagi?"
"Tak boleh tidur"
"Lapar ye?"
"Erm"
"Abg buat air susu nak?"
"tak nak,nak pak li"
"HAH?"
"erm,jom kita g pak li seksyen 7"
"awak nak makan kat pak li ke awak nak pak li by?"
"nak makan kat pak li lah"
"tapi dah lambat ni,tutup dah"
"belum,by dah search tadi kedai dia tutup pukul 3am"
"adusss..bini aku"

hehehe..itulah dialog kami..
Lalu kami menuju ke pak li dan aku dengan senyuman meleret menbayangkan roti bakar bersama butter dan kaya..
OHHHH..HEAVEN...
Malangnya kedai dah tutup..
Oh kecewa..

Okey esok ada lagi..InshaAllah..
esok aku pergi lagi..

16 September sempena hari Malaysia aku pergi Pak Li Kopitiam dan aku makan semua yang aku mengidam..hehe..

Roti Bakar, Kaya dan Butter RM2.00
Ipoh White town Coffee RM2.10
French Fries RM3.20
Iced Blended Chocolate RM6.10
KueyTeow Hokkien RM6.20

okey bye!!!

Rojak Pak Karim

rojak biasa RM3.70
Okey dah nampak rojak yang sangat mengiurkan kat atas tu..xceli saya mengidam kan rojak hari jumaat lepas keluar dari hospital. Nak sangat makan rojak tapi satu kedai pun x de jual rojak sakit tak hati???
Time tak nak punya lah banyak orang jual rojak ni tup-tup mengidam x de plak..
Esoknya tu hari sabtu bukak lah encik google..cari kat mana jual rojak adus rasa macam nak pengsan!!!!
Kenapa?
Rupanya orang jual rojak tu tepi rumah aku jer..
Rojak Pak Karim..
kat seksyen 9 depan restoren Cili Merah kalau mereka yang tak tahu kat belakang hotel concorde tu tepi ipd shah alam.
Dia jual pakai lori,dah lama pak karim tu bertapak kat situ katanya.

ni lah lori yang pak karim guna jual rojak tu..
Bukan rojak je ada cendol pun ada..rm1.70 kalau tak silap..
masa saya makan hari tu 1 cendol dan 2 rojak biasa RM10.80 tapi mamak tu bagi discount 50sen..rezki baby agaknya dapat discount itu hari..hehehe..terima kasih ye mamak rojak..



nah ko mengidam sangat kan..ambik!!!

Mempelam muda beli kat pasar malam..kan dah dapat semua yang mengidam..
ok boleh tido dengan lena..

Saturday, September 7, 2013

Percutian Bulan Dan Madu Di Sarawak (1-4 Sept 2013)

Alhamdulilah selepas sekian lama aku menanti akhirnya aku, cik laki dan sidia pergi bulan madu lagi..
Ehem..ehem..sidia?
SIAPA TU?
Alhamdulilah sidia tu anugerah dari Allah kepada kami suami isteri..Insyaallah dalam bulan 3 tahun depan sidia dapatlah tengok bumi Allah..
Percutian 4hari 3malam tu kira percutian bajet lah sebab aku ni kan miskin..
kami naik kapal terbang warna merah yang dah tempah sejak berkurun lamanya..tinggal plak kami pilih kat hotel bajet warna merah jugak..warna kegemaran aku lah tu..hehe..
Flight Airasia, Hotel Tune Hotel Waterfront Kuching..
Alhamdulilah semuanya berjalan lancar, flight x de delay..everything smooth je lah..
Asalnya plan awal kami nak naik teksi pergi melawat semua tempat tapi tu plan masa tak pregnant dulu..
Keadaan diri macam tak mengizinkan aku untuk naik turun tunggu lama teksi atau bas so cik laki decide ambil travel agent..
package tu 2 hari RM268 per pack means aku bayar RM536 untuk aku dgn cik laki..
antara tempat yang kami pergi :
1) Sarawak Cultural Village
2) Kuching Visit Tour
3) Semenggoh Orang Utan
4) Jong's Crocodile farm
5) Bidayuh Tradisional Longhouse

Okey nanti saya sambung lagi cerita..